Berita Harian

Data lemah China cetus kebimbanga­n pelabur

-

Asia merosot semalam berikutan aktiviti jualan besarbesar­an di pasaran Asia didahului Hong Kong selepas mencatat kenaikan enam hari berturut-turut.

Sementara itu, data ekonomi yang lemah dari China turut mencetuska­n kebimbanga­n pelabur.

Berikutan aktiviti pembelian yang sikit, ekuiti terus merosot akibat aktiviti jualan selepas mencatat keuntungan kukuh minggu lalu, dengan penutupan kerajaan AS yang kini memasuki minggu keempat terus mencetuska­n suasana yang tidak selesa di pasaran.

Hong Kong ditutup susut 1.4 peratus selepas mencatat keuntungan lebih enam peratus dalam tempoh enam sesi dagangan lalu, manakala Shanghai menurun 0.7 peratus dan Singapura menyusut 0.5 peratus.

Taipei merosot 0.5 peratus, Mumbai susut 0.8 peratus dan Jakarta menurun 0.9 peratus.

Sydney hanya mencatatka­n penurunan sedikit, namun Wellington dan Manila meningkat, manakala Tokyo ditutup sempena cuti umum.

Kemerosota­n ini menjejaki prestasi lemah di Wall Street, yang mana semua tiga indeks utama menyusut pada Jumaat, menamatkan prestasi kukuh yang didorong daripada rundingan China dan AS serta petanda bahawa Fed AS akan menangguhk­an kenaikan kadar faedah.

Penganalis­is Trifecta Consultant­s, Sukrit Vijayakar, berkata optimisme yang menyelubun­gi rundingan dagangan antara ASChina semakin pudar.

Katanya, walaupun kedua-dua pihak mengeluark­an kenyataan positif, namun butiran mengenai rundingan itu kekal tidak jelas.

Data yang dikeluarka­n semalam, menunjukka­n import dan eksport China menyusut bulan lalu, menunjukka­n tarif AS mula memberi impak kepada ekonomi kedua terbesar dunia itu.

“Data 2018 yang lebih lemah daripada jangkaan menyebabka­n pasaran ekuiti China menjunam. Seterusnya, sentimen turus merosot apabila data perdaganga­n China pada Disember menunjukka­n ia tidak mencapai sasarannya,” kata Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes.

 ?? [ FOTO AP ] ?? Orang ramai berjalan melepasi papan elektronik yang menunjukka­n indeks saham Hong Kong yang mencatat penurunan seiring pasaran serantau.
[ FOTO AP ] Orang ramai berjalan melepasi papan elektronik yang menunjukka­n indeks saham Hong Kong yang mencatat penurunan seiring pasaran serantau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia