Berita Harian

Remaja mengaku bersalah sumbang mahram dengan kakak kandung

-

Kampar: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun, semalam mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan melakukan sumbang mahram dengan kakak kandungnya sejak dua tahun lalu.

Dia membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh dalam prosiding tertutup.

Remaja berkenaan didakwa melakukan persetubuh­an dengan kakak kandungnya berusia 16 tahun di sebuah rumah di sini, antara Disember 2017 hingga Mei tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Norashikin Hassanor, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Nur Faizah kemudian membenarka­n tertuduh diikat jamin RM3,000 dan menetapkan 20 Februari depan untuk sebutan semula kes bagi menunggu laporan akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Lahir bayi dalam tandas

Media sebelum ini melaporkan remaja lelaki itu ditahan polis serta mengaku mengadakan hubungan sumbang mahram dengan kakaknya sehingga melahirkan seorang bayi perempuan di dalam tandas rumah mereka pada 15 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superinten­dan Hasron Nazri Hashim, dipetik berkata, perbuatan sumbang mahram itu terbongkar apabila kakak suspek yang baru bersalin dibawa ke Hospital Kampar untuk mendapatka­n rawatan pada hari sama.

Hasil soal siasat, katanya, remaja perempuan itu mengaku sudah beberapa kali melakukan sumbang mahram dengan adik lelakinya di bilik belakang rumah mereka.

 ?? [FOTO L MANIMARAN/BH] ?? Remaja lelaki berusia 14 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret Kampar, semalam.
[FOTO L MANIMARAN/BH] Remaja lelaki berusia 14 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret Kampar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia