Berita Harian

‘Patut lebih malu jika kampung kotor’

KM Sabah serah tindakan kepada MDS

- Oleh Abdul Rahemang Taiming

Individu yang membuang sampah sesuka hati di daerah ini tidak sepatutnya malu apabila dihukum memakai jaket tertera perkataan dan gambar monyet akibat perbuatan mereka sendiri.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata, masyarakat sepatutnya berasa lebih malu jika kampung atau tempat tinggal mereka kotor dan menjadi perhatian umum.

“Kita tidak malu apabila (orang luar) mengatakan kampung kita kotor, tetapi apabila kena pakai jaket berasa malu pula. Ini masalahnya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Penjawat Awam dan Ketua Adat Daerah Semporna di sini, semalam.

12 individu didenda MDS

Beliau mengulas langkah Majlis Daerah Semporna (MDS) menghukum individu yang membuang sampah sesuka hati dengan memakai jaket tertera perkataan dan gambar monyet sambil mengutip sampah.

Khamis lalu, NSTP melaporkan, seramai 12 individu dikenakan denda oleh Majlis Daerah Semporna (MDS) dengan melakukan kerja amal mengutip sampah sambil memakai jaket tertulis perkataan ‘monyet’ selepas didapati membuang sampah sesuka hati.

Sejak dilaksanak­an pada 1 Januari sehingga Khamis lalu, 31 orang termasuk seorang pelancong wanita didapati membuang sampah merata tempat di pekan daerah ini dengan 19 membayar kompaun RM30 hingga RM500, manakala 12 gagal menjelaska­n bayaran dan dikenakan hukuman memakai jaket hijau tertulis perkataan ‘monyet’.

Hukuman itu mendapat reaksi berbeza beberapa pihak termasuk ada yang menyifatka­n ia seolaholah merendahka­n martabat individu kerana menyamakan­nya dengan haiwan.

Mengulas lanjut, Mohd Shafie berkata, beliau menyerahka­n sepenuhnya tindakan dan hukuman pemakaian jaket itu kepada MDS.

“Jika dengan cara itu (memakai jaket) dilihat mampu mengubah sikap mereka (orang ramai) dan memberi kesan terhadap kebersihan di daerah ini, maka ambil (tindakan) kerana apa yang penting kepada kita adalah perubahan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Daerah Semporna, Bianus Kontong, berkata, walaupun hukuman pemakaian jaket itu mendapat pelbagai reaksi beberapa pihak, MDS tetap meneruskan pelaksanaa­n hukuman itu yang dilakukan menerusi Ops Payung Bersepadu dengan kerjasama agensi berkaitan lain.

 ?? [ FOTO ABDUL RAHEMANG TAIMING / BH ] ?? Mohd Shafie bersama isteri, Datin Seri Suryani Shuaib menyampaik­an sumbangan bantuan persekolah­an ketika Majlis Perjumpaan Penjawat Awam dan Ketua Adat Daerah Semporna di Semporna, semalam.
[ FOTO ABDUL RAHEMANG TAIMING / BH ] Mohd Shafie bersama isteri, Datin Seri Suryani Shuaib menyampaik­an sumbangan bantuan persekolah­an ketika Majlis Perjumpaan Penjawat Awam dan Ketua Adat Daerah Semporna di Semporna, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia