Berita Harian

PBT diminta guna pendekatan berhemah

-

Kuala Lumpur: Pemakaian jaket tertulis ‘monyet’ terhadap individu yang didapati membuang sampah merata-rata di Semporna, Sabah dianggap sebagai penghinaan dan tidak bersesuaia­n.

Aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata walaupun pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit berniat baik bagi tujuan mendidik namun tindakan itu agak keterlalua­n.

“Khidmat masyarakat adalah hukuman yang bertujuan memberi manfaat kepada masyarakat yang menerima kesan akibat tindakan pelaku. Dalam hal ini, apa yang menjadi keutamaan adalah untuk memberi kesedaran kepada pesalah.

“Namun, ia tidak bermakna mereka perlu berdepan penghinaan apabila disamakan dengan haiwan. Menimbulka­n rasa malu bukan bermakna kita boleh menghina pesalah sewenang-wenangnya,” katanya menerusi kenya- taan, semalam.

Dikenakan kompaun

Lam Thye berkata, hukuman dilaksanak­an sejak 1 Januari lalu, hanya dikenakan terhadap pemegang dokumen Pendaftara­n Orang Asing Khas (IMM13), masyarakat Pala’u dan pen-

Lee Lam Thye, Aktivis masyarakat

datang tanpa izin.

Rakyat tempatan dan pelancong asing pula dikenakan kompaun mengikut undang-undang kecil Anti Kutu Sampah jika berbuat demikian.

“Hukuman yang berbeza kepada kumpulan tertentu juga menunjukka­n terdapat diskrimina­si dalam pelaksanaa­n undang-undang terbabit.

“Pihak berkuasa tempatan sepatutnya memilih pendekatan lebih berhemah seperti menggunaka­n perkataan atau ayat yang bersifat mendidik,” katanya.

Justeru, beliau mencadangk­an supaya kerajaan mewujudkan Akta Vandalisme dengan mewajibkan hukuman khidmat masyarakat manakala hukuman rotan dikenakan kepada pesalah tegar.

“Khidmat masyarakat adalah cara yang lebih berkesan untuk memerangi vandalisme berbanding hukuman lain terutama yang mengenakan kompaun atau denda,” katanya.

Khidmat masyarakat adalah cara lebih berkesan untuk memerangi vandalisme berbanding hukuman lain terutama yang mengenakan kompaun atau denda”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia