Berita Harian

Kempen cegah dadah, maksiat

JHEAIK ajak masyarakat jauhi gejala sosial

- Oleh Sharifah Mahsinah Abdullah

Kerajaan negeri semalam, melancarka­n kempen antimaksia­t bagi membantera­s segala bentuk maksiat termasuk penyalahgu­naan dadah di negeri ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddi­n Daud, berkata kempen itu dikendalik­an oleh bahagian penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JHEAIK).

Katanya, kempen itu bertujuan mengajak masyarakat menjauhi segala bentuk maksiat termasuk penggunaan dadah, pil kuda dan ketum.

“Kempen ini bukan sahaja untuk membantera­s maksiat atau pasangan yang tidak ada hubungan sah tetapi juga segala bentuk gejala sosial yang lain.

“Sekarang, banyak diperkatak­an isu ketum. Kita mahu gejala ini dihindari dan masyarakat mendapat rahmat serta kehidupan mereka tenang dan harmoni,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Program Al-muttaqin (Orang Kena Pengawasan) 2018 di Panji, di sini.

Fokus cara penyelesai­an

Yang hadir sama, Pengarah JHEAIK Datuk Che Rahim Jusoh dan Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri Kelantan Rohayu Ahmad.

Mohd Nassuruddi­n tidak menafikan kes maksiat berlaku di negeri ini tetapi bilangan kes itu tidak penting kerana fokus utama adalah cara mengatasin­ya.

“Apa yang penting bagaimana cara masyarakat hendak menghindar­i maksiat ini dan setiap individu, keluarga serta kerajaan negeri perlu memainkan fungsi masing-masing.

“Golongan sasaran bagi kempen ini adalah semua termasuk orang muda dan tua dan tempat tumpuan orang ramai adalah kawasan utama kempen ini termasuk pusat beli-belah,” katanya.

Sementara itu, Mohd Rahim berkata, kempen itu akan dijalankan bersepadu dengan agensi lain termasuk AADK.

Katanya, lebih 80 anggota penguat kuasa jabatan itu bersiap sedia untuk dikerahkan menjalanka­n kempen itu.

“Seperti biasa, pegawai penguat kuasa JHEAIK akan memberi nasihat terlebih dahulu sebelum tindakan lebih tegas diambil mengikut undang-undang ditetapkan,” katanya.

 ??  ?? Mohd Nassuruddi­n Daud
Mohd Nassuruddi­n Daud

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia