Berita Harian

Permulaan manis Kaer, Amylea

Penat lelah perkenal Tak Pernah Hilang terbayar apabila layak bertanding pada kemuncak AJL 33

- Oleh Fatin Farhana Ariffin

Hampir 15 tahun bertapak dalam industri muzik, 2019 menjadi permulaan manis buat dua penyanyi yang dicungkil bakat menerusi program realiti, Akademi Fantasia. Peluang beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) menjadi titik permulaan yang menguatkan lagi semangat Kaer Azami dan Amylea Azizan untuk terus mengukir kecemerlan­gan.

Mempertaru­hkan lagu Tak Pernah Hilang, pasangan itu mengakui, hampir menitiskan air mata apabila dimaklumka­n layak bersaing di pentas AJL 33.

“Sebaik diumumkan, minda kami segera mengimbau perjalanan yang kami lalui sekitar sembilan bulan lalu. Hanya Allah yang tahu segala penat lelah yang kami lalui selama itu.

“Untuk lima bulan pertama, kami bekerja keras membuat promosi. Pernah dalam sehari, kami ke tiga lokasi berbeza untuk memperkena­lkan lagu itu.

“Saya dan Kaer akur, nama kami belum begitu kukuh, malah sentiasa menganggap diri seperti penyanyi baharu.

“Biarpun tidak cukup tidur dan ada harinya demam, kami gagahkan juga diri. Alhamdulil­lah, semua penat lelah itu terbayar dan pencapaian ini adalah detik paling manis dalam perjalanan kerjaya kami,” kata Kaer.

Utama penghayata­n

Pencapaian itu tidak hanya memberi impak kepada mereka berdua, sebaliknya turut menjadi pemangkin kepada komposer lagu itu, Farouk Roman untuk menghasilk­an lebih banyak sentuhan pada masa depan.

Berkongsi persiapan ke AJL 33 yang bakal berlangsun­g di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 3 Februari nanti, Kaer dan Amylea sepakat untuk memberikan persembaha­n penuh penghayata­n, tanpa elemen drama atau gimik padat.

Kata Amylea, Tak Pernah Hilang menuntut penghayata­n yang mendalam, sekali gus memberi cabaran kepada mereka untuk memberikan persembaha­n yang mengesanka­n.

“Kami cabar diri untuk menghayati lagu itu supaya penonton dapat merasai perasaan yang kami cuba sampaikan.

“Kami mahu penonton merasai getar perasaan itu. Jika dilihat, kebanyakan penyanyi yang popular dengan lagu balada, mereka lebih mengutamak­an persembaha­n yang minimum.

“Itu yang kami cuba lakukan, malah aksi persembaha­n Aizat ketika membawakan lagu Pergi pada kemuncak AJL 24 menjadi rujukan kami,” katanya.

Usir tekanan

Sudah melakukan 60 peratus persiapan, pasangan itu berkata, mereka sudah tidak sabar untuk berkongsi pentas dengan nama hebat kerana impian itu sudah lama tertanam di sudut hati mereka. “Kamitidak terlalu memikirkan soal persaingan kerana tidak mahu menjadikan pentas AJL 33 sebagai tekanan. Kami hanyamahub­ergem biradanmem­buat persembaha­n terbaik untuk peminat,” kata Kaer.

Namun, akui Amylea, reaksi positif yang diberikan penonton apabila video muzik Tak Pernah Hilang meraih 10 juta tontonan selepas sembilan bulan diperkenal­kan, memberikan tekanan kepada Farouk untuk terus menghasilk­an karya terbaik.

“Saya tidak pernah sangsi dengan kemampuan Farouk, malah percaya dia mampu menghasilk­an karya baharu yang akan membawakan kejutan.

“Secara peribadi, saya tidak terlalu gusar memikirkan penerimaan ramai kerana rezeki sudah tertulis. Kami hanya perlu melakukan yang terbaik.

“Cuma, saya agak berdebar menantikan kemunculan drama Nur 2.

Jika untuk siri pertama, kami hanya menghasilk­an dua lagu, tetapi kali ini kami memperkena­lkan lima lagu,” katanya.

Mahu lebih berani

Berkongsi perancanga­n kerjaya solo masing-masing, Kaer atau nama penuhnya, Wan Mohammad Khair Wan Azami, 33, berkata dia berhasrat untuk tampil dengan single yang lebih berani.

“Saya mahu mempamerka­n sisi berbeza sebagai penyanyi kerana sebelum ini, saya lebih sinonim dengan lagu balada.

“Kali ini, saya mahu tampil dengan lagu yang lebih rancak dan segar. Kami bagaimanap­un, tidak mahu tergesa-gesa, malah tidak bimbang kerana masing-masing mempunyai kelompok peminat tersendiri,” katanya.

Meraikan kedatangan tahun baharu, Kaer berazam untuk membangunk­an semula label fesyennya yang terhenti berikutan masalah pembiayaan, selain menyambung semula pengajian.

Sementara itu, Amylea yang pernah menyertai pertanding­an

One In A Million 3 pada 2009 berharap, 2019 akan membuka ruang untuk dia lebih menyerlah sebagai penyanyi dan komposer.

Anak kelahiran Alor Setar, Kedah, itu turut berazam mengamalka­n gaya hidup yang lebih sihat untuk mengekalka­n stamina apabila tampil di pentas.

“Selepas diumumkan layak ke pentas AJL 33, saya bersenam setiap hari untuk memperting­katkan stamina. Saya mahu tampil lebih sihat, berbanding dulu.

“Sebelum ini, tubuh saya agak berisi kerana tidak terlalu menitikber­atkan pemakanan. Alhamdulil­lah, hasil usaha bersenam, saya semakin hampir untuk mendapatka­n berat badan ideal,” katanya.

Kaer Kami tidak terlalu memikirkan soal persaingan kerana tidak mahu menjadikan pentas AJL 33 sebagai tekanan. Kami hanya mahu bergembira dan membuat persembaha­n terbaik untuk peminat”

 ?? [ FOTO MAHZIR MAT ISA /BH ] ??
[ FOTO MAHZIR MAT ISA /BH ]
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia