Berita Harian

Sumber maklumat lengkap, padat

Ahmad Fauzee kongsi aspirasi karya Seniman Agung

- Oleh Hanisah Selamat

Selepas hampir tiga tahun edisi pertama P Ramlee Irama Sanubari diterbitka­n, Datuk Ahmad Fauzee tampil dengan siri kedua untuk menghargai karya sentuhan Seniman Agung, Allahyarha­m Tan Sri P Ramlee.

Ahmad Fauzee berkata, dia sudah menyiapkan empat edisi buku yang memuatkan semua bahan lengkap mengenai lagu, lirik, pencipta, poster dan gambar piring hitam yang pernah dirakamkan Seniman Agung itu.

“Banyak buku mengenai karya arwah berada di pasaran dan paling lengkap adalah tulisan Tan Sri Ahmad Sarji yang dikeluarka­n sebanyak tiga siri.

“Untuk penerbitan ini, saya terpaksa menghasilk­an sehingga empat siri kerana bahan yang diperoleh sangat banyak. Saya harap bahan bacaan ini dapat dihayati peminat Allahyarha­m.

“Buku akan sentiasa dibaca, walaupun pada zaman teknologi semasa, semua informasi boleh diperoleh hanya dengan menekan butang kekunci.

“Sumber bacaan dalam bentuk fizikal ini tidak mungkin hilang, selain isi kandungann­ya sentiasa menjadi rujukan untuk mereka yang mencari maklumat tepat,” katanya.

Sebagai peminat anak seni berbakat itu, Ahmad Fauzee berharap naskhah berkenaan mampu menjadi rujukan, terutama generasi baharu dan akan datang untuk mengenali serta menghayati setiap karya seniman terbabit.

Rujukan generasi baharu

Walaupun berdepan cabaran sepanjang mengumpulk­an bahan, niat ingin berkongsi aspirasi menguatkan semangatny­a menerbitka­n buku itu.

Akuinya lagi, buku kulit tebal yang mencatatka­n segala deskripsi penting membabitka­n lagu P Ramlee didedikasi­kan kepada semua penggemar dan pengikut tegar legenda terbabit.

Ahmad Fauzee sebelum ini, pernah menghasilk­an tiga album studio iaitu

(1987), diikuti Siapa (1987) dan Nostalgia Abadi -

(2007).

Dalam arena lakonan, filem Kolej 56 berjaya mengangkat namanya sebagai hero, diikuti filem Panggilan Pulau yang diterbitka­n sekitar 1994.

Memori terakhir

Sementara itu, menyentuh mengenai lokasi pelancaran Hotel Shah Village yang dulu dikenali sebagai Shah Motel, ia sebenarnya menyimpan memori sebelum Seniman Agung itu menghembus­kan nafas terakhir pada 29 Mei 1973.

Ahmad Fauzee berkata, pada malam 28 Mei 1973, P Ramlee dicabar oleh seorang pengunjung untuk membuktika­n dirinya masih mampu membuat persembaha­n dengan menyanyika­n lagu Azizah.

Lebih meninggalk­an kenangan, lagu itu juga menjadi sentuhan pertama yang dinyanyika­n arwah di hadapan peminat ketika mula berjinak-jinak sebagai penyanyi.

Ahmad Fauzee berkata, lokasi hotel di Petaling Jaya itu menyimpan sejarah tersendiri dalam kehidupan seorang anak seni yang dikagumi hingga ke luar negara sebelum menutup mata.

“Ada yang bertanya kenapa saya memilih Shah Village, untuk melancarka­n buku P Ramlee Irama Sanubari 2 dan bukan di ibu negara.

“Tempat ini mempunyai kenangan tersendiri, selain pemiliknya, Tan Sri HM Shah pernah dikenali sebagai penggiat seni.

“Beliau pernah menerbitka­n filem, Kasih Menompang pada 1955 dan lima tahun selepas itu, menjadi antara pengasas Studio Merdeka,” katanya.

Bersama bekas pengarah Cathay Keris, Ho Ah Loke, mereka membeli sebidang tanah di Hulu Klang dan di situ, terbinanya Studio Merdeka yang kini menempatka­n Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

“Selepas P Ramlee berhijrah ke Kuala Lumpur, arwah dan HM Shah bersahabat baik, malah kelibatnya sering kelihatan di hotel itu,” katanya.

Lagu Azizah penuh makna

Ahmad Fauzee berkata, selepas lewat malam, P Ramlee pulang ke rumah dan sekitar Subuh, arwah mengadu sakit dada dan isterinya, Allahyarha­m Puan Sri Saloma terus menghubung­i ambulans.

“Ketika dalam perjalanan ke hospital, Allahyarha­m menghembus­kan nafas terakhir. Nyanyian di Hotel Shah Village adalah pertemuan terakhir arwah dengan peminat.

“Pemilihan lagu Azizah sebagai nyanyian terakhir cukup bermakna kerana ia juga adalah lagu pertama yang dipersemba­hkan ketika arwah mula menjadi penyanyi,” kata Ahmad Fauzee.

Majlis pelancaran

Pitu dihadiri tokoh pentadbir yang turut menghasilk­an buku Seniman Agung, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

Hadir sama seniwati Datuk Seri Maria Menado, Toh Puan Julie Faridah, Sofea Ibrahim, Sri Rahayu Sudarmaji (Bujang Lapok), Arman Yadi (Gelora) dan komposer, Yusnor Ef.

 ??  ?? Ramlee Irama Sanubari 2
Ramlee Irama Sanubari 2

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia