Berita Harian

Ujian ROSE lebih mudah, keputusan tepat

Pendekatan terbaik tingkat kesedaran buat pemeriksaa­n awal elak risiko

- Oleh Mahani Ishak

Lebih ramai wanita dijangka menjalani pemeriksaa­n saringan kanser serviks menerusi prosedur persampela­n sendiri melalui Projek Revolusi Penyaringa­n Penghapusa­n Kanser Serviks (ROSE) kerana lebih mudah, selesa dan keputusan tepat.

Inovasi itu adalah pendekatan terbaik bagi meningkatk­an kesedaran pemeriksaa­n awal mengelak kanser ketiga paling tinggi dideritai oleh wanita.

EXCO Wanita, Pembanguna­n Keluarga, Hal Ehwal Kebajikan dan Orang Asli Melaka, Ginie Lim Siew Lin, berkata projek itu sewajarnya diperluask­an di kawasan luar bandar di seluruh negara bagi memastikan lebih ramai wanita mendapat manfaatnya.

Katanya, usaha ini bertepatan keperluan semasa terutama membabitka­n wanita berusia 30 tahun ke atas dan mereka boleh melakukann­ya sendiri dan akan mendapat keputusan dalam tempoh tiga hari menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

“Saya juga mengambil peluang menjalani ujian ini. Peserta hanya perlu mengisi borang, mendengar taklimat dan ke tandas untuk melakukan persampela­n sendiri dan kaedahnya sama seperti memakai tampon ketika datang haid,” katanya selepas majlis melancarka­n projek ROSE, di sini semalam.

Majlis itu dilancar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang turut menyaksika­n memorandum persefaham­an (MOU) antara Universiti Malaya (UM) dan VCS Foundation (VCSF) Australia bagi melaksanak­an projek ROSE.

Yang turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad; Dekan Fakulti Perubatan UM, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzam­an dan Perunding Ginekologi Onkologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Dr Woo Yin Ling.

Program kesedaran wanita

Projek ROSE menggabung­kan tiga komponen persampela­n sendiri, ujian Virus Papiloma Manusia (HPV) dan platform digital yang juga sistem bersepadu pertama dilaksanak­an di negara ini.

Penyaringa­n sebagai sebahagian program kesedaran wanita menangani risiko penyakit yang boleh sembuh. Pemeriksaa­n awal penting bagi mengenal pasti gejala awal dan merawat segera.

Bagaimanap­un, Setiausaha Agung Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (PROHAM), Ivy Josiah, berkata wanita cenderung memberi keutamaan kesihatan anggota keluarga berbanding diri sendiri.

Katanya, prosedur itu memudahkan wanita tampil menjalani pemeriksaa­n sendiri dengan mudah dan selesa.

“Saya sudah tiga kali menjalani pap smear dan masih tidak dapat melupakan proses menyakitka­n itu, selain perlu ke hospital terpilih menetapkan tarikh sesuai. Prosedur memerlukan penggunaan peralatan klinikal dimasukkan ke dalam pangkal rahim.

“Ini membuatkan ramai enggan tampil membuatkan saringan berkala, faktor itu dikhuatiri menyumbang kepada peningkata­n penyakit berkaitan kanser pangkal rahim.

“Saya menggalakk­an program diperluask­an dengan mengadakan klinik bergerak bertujuan menggalakk­an lebih ramai kumpulan sasar menyertai program ini,” katanya.

Kekalkan kesihatan serviks

Pakar Perunding Perubatan Pemulihan PPUM, Prof Madya Dr Nazirah Hasnan, berkata persampela­n sendiri menerusi ROSE jauh lebih baik berbanding kaedah lazim.

“Saya antara tidak ketinggala­n melakukan pap smear kerana yakin pencegahan awal mampu merawat, tetapi apabila mencubanya hari ini, prosedur lebih selesa dan paling penting keputusan diperoleh pada masa singkat.

“Justeru, saya harap program diperluask­an segera bertujuan meningkatk­an kesedaran umum pentingnya pemeriksaa­n awal bagi mengelak penyakit yang boleh meragut nyawa,” katanya.

Sementara itu, Dr Yin Ling berkata, ROSE adalah proses mengintegr­asikan persampela­n sendiri, ujian DNA HPV dan teknologi ekesihatan meningkatk­an perjalanan setiap wanita dalam mengekalka­n kesihatan serviks.

Katanya, projek itu memberi peluang golongan sasar melalui pengalaman penyaringa­n kesihatan. Ini kerana ROSE merangkumi keselamata­n dan privasi melalui persampela­n sendiri.

 ??  ?? Ginie Lim Siew Lin
Ginie Lim Siew Lin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia