Berita Harian

Buka peluang perniagaan bidang kecantikan, dandanan

-

Kuala Lumpur: Peluang membuka perniagaan dalam bidang kecantikan dan dandanan untuk wanita berpendapa­tan rendah, terutama ibu tunggal boleh direalisas­ikan menerusi tawaran kursus jangka pendek percuma kepada mereka.

Sebagai permulaan, 22 wanita daripada keluarga kurang berkemampu­an di Lembah Klang menyertai kursus ‘Beauty For A Better Life’, bagi melayakkan mereka menyertai industri secara profesiona­l anjuran Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO) dengan kerjasama L’oreal Malaysia.

Pengarah Korporat Komunikasi L’oreal Malaysia, Zaireen Ibrahim, berkata tawaran kerja dalam bidang itu meningkatk­an peluang menjana pendapatan bagi menampung perbelanja­an keluarga.

Beliau berkata, wanita perlu mempunyai kemahiran, mereka boleh mempelbaga­i peluang menceburi bidang terbabit bagi meningkatk­an taraf kehidupan.

“Program ini juga membantu wanita mendapatka­n pekerjaan menerusi rangkaian luas rakan niaga syarikat berkenaan,” katanya pada majlis penyampaia­n sijil program berkenaan, baru-baru ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh; Ketua Setiausaha Kehormat NCWO, Omna Sreeni Ong dan Pengerusi YWCA, Joanne Yeoh serta Lembaga Gabenor Pusat Latihan Vokasional (VTOC), YWCA, June Yeoh, Joanne Yeoh

Peluang perniagaan lebih dinamik

Zaireen berkata, industri kecantikan dan dandanan rambut memberi peluang perniagaan lebih dinamik dan peluang pekerjaan profesiona­l kepada wanita terbabit, selain memenuhi permintaan pasaran kerja pusat dandanan sekitar Lembah Klang.

“Kursus selama setahun bagi melayakkan mereka menyertai industri itu sebagai profesiona­l,” katanya.

Sementara itu, pelajar terbaik program itu, Slyvia Lyn Francis, berkata program memberi peluang beliau menyertai bidang itu dengan lebih yakin.

Katanya, kursus yang disertai memberikan pelbagai pendedahan berkaitan kemahiran menguasai profesion sebagai pendandan.

“Sepanjang setahun, kami diberi latihan dan menyertai pelbagai pameran kecantikan serta dandanan rambut bertaraf antarabang­sa.

“Pendedahan sedemikian memberi peluang kami supaya lebih gigih dalam berhadapan industri lebih berdaya saing dalam menyalurka­n kemahiran dan pengetahua­n seiring permintaan pasaran,” katanya.

 ??  ?? Slyvia (tengah) bersama Hannah dan Zaireen (dua dari kanan) selepas majlis penyampaia­n sijil kursus ‘Beauty For A Better Life’ di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Slyvia (tengah) bersama Hannah dan Zaireen (dua dari kanan) selepas majlis penyampaia­n sijil kursus ‘Beauty For A Better Life’ di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia