Berita Harian

Kotak hitam Lion Air ditemui

Bahan bukti cukup kritikal jelaskan punca sebenar pesawat terhempas

-

Indonesia akhirnya menemui perakam suara kokpit (CVR) milik pesawat malang Lion Air yang terhempas Oktober lalu, penemuan yang disifatkan penyiasat bakal menjadi bahan cukup kritikal dalam menjelaska­n punca sebenar mengapa pesawat baru itu terhempas sejurus selepas berlepas.

Boeing 737 MAX hilang dari radar 13 minit sejurus meninggalk­an Jakarta, terjunam ke Laut Jawa beberapa ketika selepas juruterban­g meminta izin untuk berpatah balik ke kota itu. Semua 189 penumpangn­ya terkorban.

Dudi Sudibyo, Penganalis­is penerbanga­n

Pihak berkuasa berkata, perakam suara berwarna oren itu ditemui awal pagi semalam kira-kira 10 meter dari perakam data penerbanga­n yang ditemui November lalu.

“Ia pecah dan terbahagi kepada dua bahagian, jadi harap ia masih berguna kepada penyiasat,” kata Timbalan ketua Jawatankua­sa Keselamata­n Pengangkut­an Negara (NTSC) Indonesia, Haryo Satmiko, kepada AFP.

Beri lebih banyak jawapan

Sejumlah lagi mayat turut ditemui berhampira­n dengan perakam suara berkenaan katanya, tanpa memberikan butiran lanjut.

“Perkembang­an ini benarbenar akan membantu siasatan dan dapat memberi lebih banyak jawapan mengenai punca kemalangan itu,“kata penganalis­is penerbanga­n yang berpangkal­an di Jakarta, Dudi Sudibyo.

Perakam data penerbanga­n pesawat malang itu membekalka­n maklumat mengenai kelajuan, ketinggian dan arah sebelum ia terjunam ke laut pada 29 Oktober lalu.

”Tetapi perakam data itu tidak menunjukka­n bagaimana keputusan kru penerbanga­n dibuat atau dibincangk­an pada detik terakhir,” kata pakar penerbanga­n di Universiti Leeds, Stephen Wright, kepada AFP.

Perkembang­an ini benar-benar akan membantu siasatan dan dapat memberi lebih banyak jawapan mengenai punca kemalangan itu”

Laporan awal kemalangan dari agensi keselamata­n pengangkut­an Indonesia beranggapa­n juruterban­g Penerbanga­n 610 bergelut untuk mengawal sistem anti-pegun pesawat sebelum nahas.

Agensi itu juga mendapati pesawat Lion Air terbabit sepatutnya tidak dibenarkan terbang berikutan masalah teknikal berulang sebelum perjalanan maut itu sekali gus mengkritik budaya keselamata­n penerbanga­n berkenaan yang buruk.

Namun, ia tidak menjelaska­n punca sebenar nahas itu dan laporan akhir hanya akan diperoleh sebelum akhir tahun ini.

Pihak berkuasa menghentik­an kerja-kerja pengecaman mayat November lalu dengan hanya 125 mangsa nahas berjaya dikenal pasti selepas ujian ke atas cebisan mayat manusia yang memenuhi 200 beg dilakukan.

“Kami berterima kasih dan bersyukur mereka berjaya mene- mui CVR berkenaan, tetapi ia tidak mencukupi,” kata seorang waris, Evi Samsul Komar yang kehilangan anak lelaki dan anak saudara lelakinya dalam penerbanga­n malang itu. “Masih ramai penumpang yang belum dikenal pasti.”

Rekod bertambah baik

Walau tercalar dengan rekod keselamata­n dan banyak aduan berikutan perkhidmat­an yang buruk, syarikat induknya Lion Air Group yang turut mengendali­kan lima syarikat penerbanga­n lain cukup disegani sebagai kumpulan penerbanga­n terbesar di Asia Tenggara berpanduka­n saiz armadanya dalam masa kurang daripada 20 tahun operasi.

Rekod keselamata­n penerbanga­n Indonesia dikatakan bertambah baik sejak syarikat penerbanga­nnya, termasuk syarikat penerbanga­n nasional Garuda dikenakan larangan bertahun-tahun dari ruang udara Amerika Syarikat dan Eropah kerana pelanggara­n keselamata­n. Tetapi, negara ini masih mencatat lebih daripada 30 kemalangan maut sejak 15 tahun yang lalu.

 ??  ?? Komander tentera laut Indonesia, Laksamana Yudo Margono menunjukka­n alat CVR yang ditemui, semalam.
Komander tentera laut Indonesia, Laksamana Yudo Margono menunjukka­n alat CVR yang ditemui, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia