Berita Harian

Keluarga Palestin tertekan WFP potong bantuan

Pincang selepas AS sekat dana RM2.05 bilion

-

Kira-kira 27,000 warga Palestin di Tebing Barat tertekan selepas tidak lagi menerima bantuan menerusi Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (WFP) sejak 1 Januari lalu.

Menurut pegawai pertubuhan itu, langkah menggantun­g atau mengurangk­an bantuan kepada sesetengah penerima Palestin di wilayah diduduki di Tebing Barat dan Semenanjun­g Gaza adalah berikutan isu kekurangan dana.

Pengarah organisasi itu untuk wilayah Palestin, Stephen Kearney berkata penduduk di Tebing Barat tidak lagi menerima bantuan manakala kira-kira 165,000 orang, termasuk 110,000 di Gaza, menerima 80 peratus sahaja daripada jumlah biasa.

Pemotongan itu diputuskan selepas penguranga­n sumbangan secara beransur-ansur sejak hampir empat tahun lalu apabila Amerika Syarikat (AS) memutuskan pemberian dana terbesar.

Tidak perbaharui kad

Presiden Donald Trump memotong pembiayaan berjumlah AS$500 juta (RM2.05 bilion) kepada Palestin.

Tahun lalu, WFP membantu 250,000 penduduk di Gaza dan 110,000 di Tebing Barat. Di perkampung­an Yatta berhampira­n Hebron di selatan Tebing Barat, Maha Al-nawajah berkata, beliau membeli kurang bahan keperluan.

“Pada Disember lalu, mereka tidak memperbaha­rui kad saya,” kata ibu berusia 52 tahun, merujuk kepada kad WFP yang membolehka­nnya membeli barang runcit untuk 12 anggota keluargany­a yang besar. Katanya, anggota keluargany­a tidak bekerja.

“Anak lelaki saya tidak mendapat kebenaran memasuki Israel dan suami saya menerimany­a sekali-sekala, dan memperoleh wang tunai pada ketika itu,” katanya.

 ?? [ FOTO AFP ] ??
[ FOTO AFP ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia