Berita Harian

Messi jaring gol ke-400

-

Madrid: Lionel Messi meledak gol peribadi ke-400 dalam saingan La Liga, ketika Barcelona membenam Eibar 3-0, untuk mengukuhka­n kedudukan selaku pendahulu liga dengan kelebihan lima mata, kelmarin.

Jumlah jaringan menakjubka­n Messi ini disifatkan pengendali Barca, Ernesto Valverde sebagai pencapaian yang terlalu hebat.

“Ia memang luar biasa,” kata Valverde selepas pasukannya menang dengan tiga jaringan. “Memang mudah untuk memperkata­kan pencapaian itu, tetapi anda perlu sentiasa menjarigka­n gol, ia mengambil masa yang lama,”

“Rekod itu berada di kelas tersendiri, sukar dipercayai. Dia (Messi) datang dari galaksi lain.”

Kemenangan itu menyaksika­n skuad bimbingan Valverde kini melebarkan kelebihan ke atas Atletico Madrid, yang sebelum itu mengurangk­an jurang kepada dua mata, selepas menumpaska­n Levante dalam perlawanan awal.

“Perjalanan masih jauh. Ia satu kedudukan yang agak baik, tetapi perjuangan kami masih belum selesai,” kata Valverde.

Real Madrid juga menang ke atas Real Betis, sekali gus memastikan tiga kelab utama Sepanyol itu menang serentak buat kali keempat sepanjang musim ini. Namun, Real kekal ketinggala­n 10 mata di belakang Barca.

Messi, yang mencetak nama selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman, kini mendahului senarai dengan kelebihan 89 gol mengatasi Cristiano Ronaldo.

Ronaldo, yang kini bersama Juventus memiliki jumlah purata gol lebih baik, apabila meledak 311 gol dalam 292 perlawanan. Messi pula beraksi dalam penampilan ke-435.

Pada usia 31, kapten Barcelona itu dikatakan mampu merekodkan 500 gol, tetapi jumlah itu masih terlalu jauh untuk dicapai. Dia kini sudah mengharung­i 17 perlawanan liga musim ini dan mampu muncul selaku penjaring terbaik buat kali keenam.

Hakikatnya, pencapaian Messi kelmarin agak merosot jika dibandingk­an aksi cemerlang Suarez atau Philippe Coutinho yang lebih layak mendapat pujian.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia