Berita Harian

Haraguchi bantu Jepun mara

Qatar kenduri gol belasah Korea Utara, layak peringkat 16 tekahir

-

Genki Haraguchi menjaringk­an gol penalti kontrovers­i bagi membantu Jepun menewaskan Oman 1-0 sekali gus menempah tiket ke peringkat 16 terakhir Piala Asia, kelmarin.

Pada aksi lebih awal, Almoez Ali meledak empat gol ketika tuan rumah Piala Dunia 2022, Qatar membelasah Korea Utara 6-0 untuk mara daripada Kumpulan E.

Jepun yang diletakkan sebagai pasukan pilihan dalam Kumpulan F boleh dianggap bernasib baik ketika bertemu Oman sekali pun turut memperoleh deretan peluang terhidang yang gagal diterjemah­kan kepada gol.

Selepas dua minit permainan berlangsun­g, cubaan Haraguchi sekadar menggegar palang tatkala cubaan Takumi Minamino dipersiaka­n dengan Oman hampir menyumbat gol menerusi Muhsen Al-ghassani tetapi gagal.

Peroleh penalti

Keresahan Jepun yang juga juara empat kali terlerai apabila mereka memperoleh sepakan penalti pada minit ke-28 selepas Haraguchi dijatuhkan kapten Oman, Ahmed Al-mahaijri sekali pun dengan sentuhan yang minima.

Oman juga boleh merasa berang apabila rayuan mereka untuk mendapatka­n penalti tidak diberikan oleh pengadil selepas cubaan Salaah Al-yahyaei mengenai tangan Yuto Nagatomo.

Pada aksi pertama peringkat kumpulan, Jepun yang melangkah ke peringkat kalah mati Piala Dunia tahun lalu meraih kemenangan sukar 3-2 ke atas Turkmenist­an dan prestasi mereka tampak tidak begitu banyak berbeza menentang Oman yang hampir menyamakan kedudukan menerusi cubaan Raed Saleh pada minitminit terakhir permainan.

Keputusan menyaksika­n Jepun meneruskan rekod tanpa kalah kepada tujuh perlawanan di bawah kendalian Hajime Moriyasu sejak Piala Dunia Russia dan hanya tewas sekali dalam 30 perlawanan terakhir Piala Asia tidak termasuk penentuan penalti.

Pada edisi di Australia empat tahun lalu, Jepun disingkirk­an Emiriah Arab Bersatu menerusi penentuan penalti di peringkat suku akhir. AFP

 ??  ?? Haraguchi menjaringk­an penalti ketika perlawanan bertemu Oman di Stadium Hazza bin Zayed, Abu Dhabi.
Haraguchi menjaringk­an penalti ketika perlawanan bertemu Oman di Stadium Hazza bin Zayed, Abu Dhabi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia