Berita Harian

Sharapova kembali laung amaran awal

-

Melbourne: Juara lima kali Grand Slam Maria Sharapova melaungkan amaran yang dirinya masih belum boleh diketepika­n dalam perebutan kejuaraan di Terbuka Australia apabila mencatat kemenangan 6-0, 6-0 atau bagel berganda ke atas Harriet Dart dari Britain pada pusingan pertama semalam.

Bintang Russia itu hadir di Melbourne Park, di sini, sebagai pilihan ke-30 selepas gagal menyertai saingan Grand Slam sejak kembali daripada penggantun­gan doping pada 2017.

Pemain berusia 31 tahun itu membuktika­n usia dan cuaca panas di Australia bukan penghalang buatnya untuk menafikan Dart daripada memenangi sebarang permainan sepanjang tempoh 63 minit pertembung­an antara mereka.

Sharapova, juara di Melbourne Park pada 2008, berkata dia berasa positif selepas mengha- rungi tempoh sukar dalam kariernya.

Suka bersaing

“Saya suka apa yang saya lakukan, saya suka bersaing dan mencabar diri saya untuk menjadi lebih baik,” kata Sharapova.

“Pemain-pemain muda semakin meningkat dan suatu hari nanti akan mengambil alih tempat kami tetapi bukan sekarang, kami mahu sedikit masa lagi.”

Sepanjang siri jelajah, Sharapova sudah melakukan double bagel lima kali, termasuk dua kali berturut-turut di Terbuka Australia 2013 ke atas rakan senegara Olga Puchkova dan Misaki Doi dari Jepun dalam dua pusingan pertama kejohanan.

Bagaimanap­un perkara sama pernah dilakukan ke atasnya oleh Lindsay Davenport dari Amerika Syarikat yang menewaskan­nya 6-0, 6-0 di Indian Wells pada 2005.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia