Berita Harian

Arsenal beri bayangan tak minat khidmat Ozil

-

London: Pengurus Arsenal, Unai Emery mahu kelab itu segera melepaskan Mesut Ozil, sebelum berakhirny­a jendela perpindaha­n pemain akhir bulan ini, bagi menggunaka­n dana penjualann­ya untuk mengikat pemain lain.

The Gunners hanya meraih dua mata daripada lima aksi terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) di laman lawan. Dan, keputusan Emery mengenepik­an Ozil ketika menentang West Ham - dengan menurunkan pemain remaja, Eddie Nketiah mula menarik banyak perhatian.

Ia memberi isyarat kepada pengurusan kelab, bahawa pemain Jerman itu sudah tidak boleh berkembang atau tidak lagi penting kepada pasukan.

Ozil enggan berpindah keluar ke kelab lain secara pinjaman selepas meraih gaji 350,000 pound (RM1.84 juta) seminggu - sedangkan jumlah itu boleh digunakan untuk membeli pemain berpontens­i yang lain.

Pada masa sama, Emery berminat mendapatka­n pemain Barcelona, Denis Suarez, namun kelab Catalan itu menolak rundingan secara pinjaman dan menagih komitmen Arsenal untuk membeli pemain itu pada musim panas nanti.

Namun, cadangan itu ditolak kelab berpangkal­an di London ini. Kini, Emery dikatakan langsung sudah hilang kepercayaa­n ke atas Ozil.

Pada awal musim ini, Ozil tidak hadir ketika menentang West Ham di laman sendiri dan dikatakan menjadi ‘barah’ kepada pasukan. Sedangkan, pemain ini dikatakan berada di bilik persalinan Arsenal sejam sebelum perlawanan.

Pada November lalu, Emery mendakwa Ozil berdepan isu ‘fizikal dan intensiti’ apabila diketepika­n ketika berdepan Bournemout­h.

“Pemain yang ada di sini adalah mereka yang layak untuk menjadi sebahagian daripada perlawanan ini. Kadang kala, dia membantu kami, ada ketikanya dia gagal kerana disebabkan kecederaan, atau memang perlawanan ini bukan untuknya,” kata Emery.

Bagaimanap­un, Sokratis Papastatho­poulos memberi bayangan Ozil mendapat sokongan di bilik persalinan apabila pemain pertahanan ini menegaskan, pasukan hilang kualiti pada saingan suku ketiga, apabila Arsenal hanya melakukan dua percubaan tepat.

Katanya; “Ia bukannya soal dua percubaan tepat. Lihatlah berapa banyak peluang yang kami ada jika kami beraksi lebih baik sebelum ini. Itulah masalahnya. AGENSI

Ole Gunnar Solskjaer berkata David de Gea layak dilabel sebagai penjaga gol terhebat Manchester United apabila beraksi cemerlang ketika membantu pasukannya menang 1-0 ke atas Tottenham, di sini, kelmarin.

 ??  ?? De Gea menyelamat­kan gawang United daripada percubaan penyerang Tottenham, Kane dalm aksi Liga Perdana Inggeris, kelmarin.
De Gea menyelamat­kan gawang United daripada percubaan penyerang Tottenham, Kane dalm aksi Liga Perdana Inggeris, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia