Berita Harian

‘Penjaga gol terbaik dunia’

Solskjaer julang De Gea selepas aksi cemerlang kecewakan Spurs

-

Aksi di Stadium Wembley itu membabitka­n pertembung­an dua ‘calon’ pengendali pilihan untuk menggantik­an tempat Jose Mourinho yang berakhir dengan pengendali sementara itu muncul selaku pemenang ke atas Mauricio Pochettino.

Marcus Rashford meledak jaringan tunggal pada minit ke-44, dan Paul Pogba juga menampilka­n aksi cemerlang, namun kehebatan De Gea dari Sepanyol lebih banyak diperkatak­an.

Dia melakukan 11 aksi menyelamat - paling banyak yang pernah dilakukann­ya dalam perlawanan getir tanpa bolos, sekali gus membuatkan pemain Spurs seolah-olah hilang punca kerana gagal menembusi gawang.

Solskjaer memuji De Gea sebagai ‘penjaga gol terbaik dunia’, namun pada masa sama, turut mengakui kekebalan pertahanan United yang menampilka­n semangat berpasukan tinggi.

Layak cabar van der Sar, Schmeichel

“Kami memiliki penjaga gol yang hebat di kelab dan saya berpendapa­t dia layak mencabar status Edwin (van der Sar) dan Peter (Schmeichel) sebagai penjaga gol nombor satu dalam sejarah.

“Kemenangan ini cukup manis, semangat berpasukan memang hebat, keyakinan dan aura di bilik persalinan memang menakjubka­n,” kata pengendali dari Norway itu.

Solskjaer kini menyamakan rekod pencapaian Matt Busby yang memenangi lima perlawanan pertama apabila mengambil alih tugas mengemudi United.

United ketinggala­n lapan mata di belakang Arsenal ketilka Solskjaer mengambil alih tugas selaku pengurus sementara pada 19 Disember, dan kini mereka berjaya menyamakan kutipan 41 mata dengan Gunners.

Selepas 22 perlawanan, Arsenal kekal di tangga kelima dan United masih berada di tangga keenam dengan kedudukkan dipisahkan melalui perbezaan jaringan.

Kedua-dua pasukan kini memburu kedudukan kelompok empat teratas untuk meraih slot ke Liga Juara-juara. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia