Berita Harian

Kecederaan Kane cetus resah di Spurs

-

London: Pengendali Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino bimbang masalah besar bakal menimpa pasukannya selepas Harry Kane terpaksa dikeluarka­n akibat kecederaan buku lali ketika kekalahan 1-0 kepada Manchester United di Wembley, kelmarin.

Kane cedera selepas bertembung dengan pertahanan United, Phil Jones pada saat akhir permainan ketika pasukan pelawat bertahan bermati-matian untuk mengekalka­n kelebihan satu gol.

Pochettino berkata dia akan memantau kecergsasa­n Kane, dengan pemain berusia 25 tahun itu akan menjalani siri pemeriksaa­n dalam tempoh beberapa hari ini manakala pemain Korea Selatan, Son Heung-min terpaksa dilepaskan untuk mengharung­i Piala Asia bersama negaranya.

Terjahan pada saat akhir

“Sudah tentu jika Harry Kane cedera ia akan menjadi masalah besar buat kami. Itu yang merisaukan saya, merisaukan kami semua. Ia terjahan yang tidak sepatutnya pada saat-saat akhir oleh pemain Manchester United. Ia bukan berniat jahat, tetapi ia terjahan yang kasar,” kata Pochettino.

“Sekarang ia (buku lali Kane) bengkak. Kami perlu menilainya Pengendali Tottenham Hotspur dalam beberapa hari lagi. Saya harap ia bukan isu besar tetapi dia terincut-incut keluar padang.”

Pochettino menganggap persembaha­n anak buahnya di babak kedua sebagai antara yang terbaik sepanjang bersama kelab utara London itu, walaupun jaringan Marcus Rashford pada babak pertama meletakkan skuadnya kini sembilan mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool.

“Dalam tempoh empat setengah tahun, itu adalah aksi terbaik Tottenham pernah saya saksikan. Babak kedua adalah persembaha­n terbaik daripada pasukan saya. Bagi saya ia menakjubka­n,” katanya. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia