Berita Harian

Syakilla dijangka tinggalkan MAKAF

-

jejak pemain badminton terbabit selepas tidak berpuas hati dengan corak latihan ketua jurulatih baharu dari Iran, Ali Reza Souleymani.

Fikirkan semula

Bagaimanap­un, Syakilla diberikan tempoh sehingga Mesyuarat EXCO MAKAF, Sabtu ini untuk memikirkan semula keputusann­ya itu selepas ‘menghilang­kan’ diri daripada latihan sejak dua minggu lalu.

“Dia menjadikan teknik latihan yang tidak sesuai daripada Ali Reza sebagai alasan utamanya,” kata Setiausaha Agung MAKAF, Datuk Nur Azmi Ahmad.

“Tetapi ia tidak boleh dijadikan alasan kerana sebaik pelantikan jurulatih baharu dibuat MAKAF, kita sudah sepakat atlet perlu mengikuti sistem baharu.

“Jika betul dia mahu bergerak sendiri, dia perlu menanggung pembiayaan sendiri dalam menyertai satu-satu kejohanan dan hanya boleh menuntut semula wang itu jika mencapai keputusan cemerlang.

“Dari segi elaun atlet, bahagian itu hanya akan diputuskan Majlis Sukan Negara (MSN) dengan ia bergantung kepada keputusan akhir yang akan diberikann­ya pada Sabtu ini.”

Belum sedia terima tawaran

Difahamkan, setakat ini hanya tinggal Syakilla dan dua lagi jaguh karate lelaki negara - S Prem Kumar dan R Sharmendra­n - belum bersedia menerima penawaran berada dalam sistem Tier MSN.

Berbanding Syakilla, dua rakannya itu mempunyai alasan yang lebih kukuh melewatkan persetujua­n ke atas penawaran itu dengan Sharmendra­n kini masih dibelenggu masalah kecederaan yang mungkin memerlukan pembedahan kecil.

Pada masa sama Nur Azmi turut mempertaha­nkan keputusan badan induk itu melantik Ali Reza.

“Tujuan utama kita lantik Ali Reza adalah kerana pencapaian buruk kem karate negara pada tahun lalu terutama membabitka­n Sukan Asia 2018.

“Memang ambil masa untuk mana-mana atlet menyesuaik­an diri dengan teknik latihan baharu, macam Ali Reza mungkin beliau tekankan teknik dahulu. Jadi mungkin tekniknya tidak sama dengan bekas jurulatih Andris Vasiljevs,” kata Nur Azmi yang turut menyasarka­n empat pingat emas di Sukan

SEA Manila

2019.

 ??  ??
 ??  ?? Gambar fail Syakilla Salni (kanan) menentang peserta Thailand, Paweena Raksachart pada Sukan SEA KL2017.
Gambar fail Syakilla Salni (kanan) menentang peserta Thailand, Paweena Raksachart pada Sukan SEA KL2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia