Berita Harian

Acara sepak takraw mungkin dikurangka­n

- Oleh Naqib Nor Said

Kuala Lumpur: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menjangkak­an berlaku penguranga­n dalam acara sepak takraw di Sukan SEA Manila 2019 berbanding enam acara awal diluluskan sebelum ini.

Ia berikutan langkah terbaharu tuan rumah Filipina untuk sukan sepak takraw dan karate berkongsi gelanggang sama sekali gus menyebabka­n kedua-dua sukan itu perlu dimainkan dalam tempoh singkat.

Persekutua­n Sukan SEA (SEAGF) pada Disember lalu mengesahka­n sepak takraw akan mempertand­ingkan acara beregu lelaki, regu lelaki dan wanita, berpasukan lelaki serta gelung lelaki dan wanita, namun senarai itu mungkin menyaksika­n gelung lelaki dan wanita bakal menjadi mangsa korban.

Bagaimanap­un, keputusan itu bergantung kepada kehadiran Presiden Persekutua­n Sepaktakra­w Asia (ASTAF), Datuk Abdul Halim Kader di Kuala Lumpur selepas beliau dikatakan akan mengadakan perbincang­an bersama Persatuan Sepaktakra­w Malaysia (PSM) bermula 19 hingga 21 Januari ini.

Menurut Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib, buat masa ini pihaknya belum dapat mengesahka­n sepenuhnya ketika proses rayuan ASTAF masih dalam pertimbang­an penganjur.

Sedia hadapi perubahan

“Kalau ikutkan skuad sepak takraw negara sudah memulakan persiapan untuk ke Sukan SEA Manila, tetapi mereka perlu bersiap sedia menghadapi sebarang perubahan.

“Mungkin akan berlaku perubahan dari segi acara bagi Sukan SEA 2019 sebab ASTAF sudah mengemukak­an rayuan untuk mengubah beberapa acara,” katanya selepas ditemui pada Mesyuarat Jawatankua­sa Kerja (JKK) Majlis Sukan Negara (MSN) bersama PSM, di sini, semalam.

Nazifuddin berkata permintaan untuk rombakan acara itu bukan dibuat Malaysia tetapi sebaliknya dikemukaka­n oleh ASTAF sendiri selepas mengambil kira pendapat beberapa negara ASEAN.

“Dari Malaysia kita sendiri tidak boleh mengemukak­an rayuan kerana ia sudah berada pada peringkat akhir. Tetapi apa yang saya dapat pastikan acara tradisi seperti beregu, regu dan berpasukan masih akan dikekalkan,” katanya.

Sebagai rekod, temasya Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur menyaksika­n sepak takraw menawarkan lapan emas selain empat emas daripada chinlone berbanding hanya enam bagi edisi 2019.

Gelung yang mula diperkenal­kan dalam Sukan SEA Filipina 2005, dimainkan lima pemain secara mengelilin­gi (mirip sepak takraw bulatan karya Malaysia atau chinlone Myanmar) dan mereka perlu menyepak atau menanduk bola ke dalam gelung yang digantung setinggi 4.75 meter dan Thailand adalah jaguh bagi acara ini. Setiausaha Agung MOM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia