Berita Harian

Peng Soon-liu Ying enggan terburu-buru

- Oleh Helmi Talkah

Kuala Lumpur: Beregu campuran profesiona­l negara, Chan Peng Soon-goh Liu Ying masih dalam proses mencari jurulatih bagi membimbing mereka mengharung­i saingan musim ini terutama apabila kempen kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 bermula Mei ini.

Walaupun sedar betapa pentingnya khidmat jurulatih namun Peng Soon memberitah­u mereka enggan terburu-buru membuat keputusan mengenai perkara itu kerana segalanya melibatkan kos dan penelitian khusus perlu dilakukan.

Ketika saingan Masters Thailand yang menyaksika­n mereka muncul juara, kelmarin, Peng Soon-liu Ying dibantu beregu profesiona­l lelaki, Goh V Shem-tan Wee Kiong yang duduk di kerusi jurulatih di belakang gelanggang.

Mereka melakukan perkara sama apabila V Shem-wee Kiong beraksi.

“Macam di Thailand, V Shem-wee Kiong bantu kami ketika di gelanggang tetapi di sini (Masters Malaysia) perlu berbincang dahulu tetapi mengenai jurulatih tetap kami belum tahu lagi. Kami perlu memikirkan banyak faktor sebelum memutuskan mengenai siapa menjadi jurulatih tetap kami,” kata Peng Soon.

Tidak banyak beza

Dalam pada itu, Peng Soon menggangga­p kejayaan merangkul kejuaraan sulung tahun ini di Masters Thailand selaku pemain bebas tidak banyak memberi kesan kepada mereka kerana tekanan yang dihadapi tetap sama.

Katanya, sebagai pemain profesiona­l mereka bukan sahaja perlu memikirkan cara terbaik untuk mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan sendiri tetapi perlu menguruska­n segala hal bermula daripada penyertaan kejohanan sehingga pembelian tiket kapal terbang.

“Tidak banyak beza menang sebelum ini dan sekarang (sebagai pemain bebas) kerana tekanan tetap sama kerana kita sebagai pemain bebas perlukan kejuaraan juga. Jadi, disiplin itu sangat penting kerana dahulu kami hanya pergi kejohanan sekarang semua kena uruskan sendiri,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia