Berita Harian

Axelsen tidak sabar pertahan kejuaraan

-

Kuala Lumpur: Bekas pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen dari Denmark mahu melupakan kekecewaan musim lalu dan bersemanga­t untuk mempertaha­nkan kejuaraan Masters Malaysia yang akan berlangsun­g minggu ini.

Selepas bergelut dengan masalah kecederaan dan kesihatan tahun lalu, pemain berusia 25 tahun itu berkobar-kobar untuk memperagak­an aksi tahap tertinggi terutama selepas beraksi di Liga Badminton Perdana (BPL) di India baru-baru ini.

Dia yang baru sahaja menjalani latihan dalam tempoh singkat di Akademi Badminton Sports Affairs di bawah bekas jurulatih negara, Rashid Sidek, berharap mampu bermula dengan langkah kanan untuk musim baharu.

“Sudah lama saya tidak beraksi dalam banyak perlawanan, jadi saya menjangkak­an saya boleh turun dan bermain dengan lebih baik. Saya bergelut pada 2018 namun sekarang saya harus terus pandang ke depan. Paling penting latihan saya sebelum ini berjalan lancar jadi saya bersedia untuk memberikan aksi terbaik di dalam kejohanan.

Peluang sesuaikan diri

“Saya rasa beraksi di BPL adalah peluang terbaik buat saya untuk menyesuaik­an diri dengan kejohanan lebih tinggi.

“Ia sangat menyeronok­kan apabila diberi peluang oleh Sports Affairs. Ini kerana saya berpeluang untuk hadir ke sini lebih awal dari India dan berlatih dengan pemain seperti (Liew) Daren dan Iskandar (Zulkarnain Zainuddin).

“Mereka juga akan mendapat peluang yang sama jika datang ke Denmark,” kata Axelsen yang akan memulakan misi mempertaha­nkan kejuaraan di Arena Axiata menentang Kazumasa Sakai dari Jepun Rabu ini.

Ditanya mengenai peluangnya mempertaha­nkan kejuaraan diraih tahun lalu, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio itu berharap mampu memperagak­an aksi berkelas dunia.

“Saya juga harus memikirkan mengenai bagaimana saya mempersiap­kan diri sepanjang tempoh enam bulan ini. Bagaimanap­un, masuk minggu kelapan dan kesembilan semunya sudah berjalan lancar.

“Saya juga tidak banyak merujuk kepada undian di kejohanan ini tapi saya tahu akan berdepan Sakai Rabu ini. Ia bakal berlangsun­g sengit dan saya pernah bergurau mengenai beraksi dalam semua kejohanan di Jepun tahun ini, kerana pemain mereka terlalu ramai.

“Saya juga tahu anda semua akan bosan mengenai jawapan saya ini, iaitu saya akan fokus satu demi satu perlawanan terlebih dahulu,” katanya.

Selain Axelsen, pemain lain dari Denmark akan mengambil bahagian dalam perseorang­an lelaki dalam Masters Malaysia ialah Anders Antonsen, Rasmus Gemke, Jan Jorgensen dan Hans Kristian Solberg Vittinghus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia