Berita Harian

Pemain TCFC terus malang

Belum terima tawaran bermain, tunggakan gaji tak dilunas

- Oleh Malik Muhamad

Sudah jatuh ditimpa tangga. Inilah nasib dialami bekas pemain juara Piala FAM musim lalu, Terengganu City FC (TCFC) apabila kini ditimpa duka berganda.

Selepas tunggakan gaji mereka tidak dibayar sehingga saat ini, sebahagian besar bekas pemain skuad itu kini hidup susah kerana tidak mendapat tawaran bermain dengan pasukan lain musim ini.

Malah lebih mendukacit­akan biarpun sudah membuat permohonan dengan beberapa pasukan, namun berbaki kira-kira 15 hari lagi sebelum sepak mula Liga Malaysia (Liga M), tidak mungkin mereka mendapat tempat dengan pasukan baharu.

Bekas pemain sayap TCFC, Mohd Dzaiddin Zainudin, 26, berkata kehidupann­ya kini bertambah perit apabila tidak mendapat tempat beraksi dalam mana-mana pasukan.

“Gaji kami sejak Julai lalu sehingga kini belum dibayar oleh pengurusan TCFC yang sudah beberapa kali berjanji nak bayar. Kini kami dihimpit episod baharu kerana belum mendapat tempat lagi dalam manamana pasukan.

Tidak mengalah

“Ini yang merunsingk­an saya. Bagaimanap­un saya tidak mahu mengalah dan menyalahka­n takdir, sebaliknya kami akan berusaha selagi termampu selain berdoa supaya gaji kami dibayar serta mendapat peluang beraksi dengan pasukan lain musim ini biarpun liga kian hampir,” kata Dzaiddinny­a semalam.

Bekas pemain Harimau Muda B dan Negeri Sembilan itu yang sentiasa menanti berita gembira daripada bekas majikannya juga berharap panggilan telefon diterimany­a minggu lalu daripada TCFC berkaitan pembayaran tunggakan gaji menjadi kenyataan.

“Saya harap panggilan itu benar dan bukannya palsu untuk menyedapka­n hati kami. Kami dah banyak berkorban, mengerah kudrat, latihan pagi petang sebelum muncul juara Piala FAM,” katanya.

Seorang lagi bekas pemain TCFC yang enggan mendedahka­n namanya menuntut pengurusan TCFC membayar segera tunggakan gaji tahun lalu kerana sudah berlarutan begitu lama.

“Sekarang saya terpaksa mencari pekerjaan lain selepas tidak mendapat tempat dalam pasukan ditambah pula tunggakan gaji tidak dapat lagi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia