Berita Harian

TLHT ratah skuad ‘budak sekolah’ 13-0

-

Kuala Terengganu: Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) melaung amaran awal selepas mudah meratah skuad ‘budak sekolah’ PSHA-MSSPP (Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang) 13-0 dalam saingan Liga Hoki Wanita Malaysia di Stadium Hoki Batu Buruk (SHBB), semalam.

Pemain skuad Malaysian Tigress yang pernah menyarung jersi kelab Butterfly Hockey Roma (Liga Itali), Fatin Shafika Mohd Sukri dan pemain import dari India, Jaspreet Kaur beraksi cemerlang selepas masingmasi­ng meledak empat gol untuk membantu pasukan meraih kemenangan besar berkenaan.

TLHT yang dibimbing Iman Gobinathan memulakan pesta gol melalui Fatin Shafika menerusi gol padang pada minit ke-6 sebelum melengkapk­an jumlah jaringanny­a pada minit ke-14, ke-20 dan ke-49.

Jaspreet yang beraksi di jentera tengah pasukan turut bertindak cemerlang dengan gol yang dijaringka­n bermula daripada pukulan sudut penalti pada minit ke-19 diikuti gol pada minit ke-34, 36 dan 41.

Kapten skuad TLHT, Siti Noor Amarina Ruhani turut memahat nama sebagai penjaring apabila menghasilk­an gol pada minit ke-12 melalui pukulan sudut penalti.

Ledakan gol

Pemain sedang meningkat, Norul Ain Abd Mutalib terus menghukum kerapuhan benteng pelawat apabila meledak gol pada minit ke-26 disusuli jaringan Tuan Nur Hidayah Tuan Ismail pada minit ke-35.

Penyerang kebangsaan, Nur Syafiqah Mohd Zain dan seorang lagi pemain import dari India, Jaswinder Kaur masingmasi­ng turut tersenarai sebagai penjaring apabila menghasilk­an gol pada minit ke-44 dan 60 sekali gus melengkapk­an kemenangan bergaya skuad itu.

Sementara itu, Iman berpuas hati selepas anak buahnya berjaya merakam kemenangan besar pada aksi kedua selepas menang 5-0 pada aksi pertama bertemu Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI).

“Saya masih menguji keserasian pemain tempatan dan import selepas dua perlawanan. Namun kemenangan besar ini memberi kelegaan kepada kami selepas pemain berjaya merealisas­ikannya,” katanya selepas tamat perlawanan.

 ?? [FOTO GHAZALI KORI /BH] ?? Pemain TLHT, Nur Faizah Md Sauti (dua dari kanan) dihalang penjaga gol PSHA-MSSPP, Nur Aisyah Hamidi dalam perlawanan di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu, semalam.
[FOTO GHAZALI KORI /BH] Pemain TLHT, Nur Faizah Md Sauti (dua dari kanan) dihalang penjaga gol PSHA-MSSPP, Nur Aisyah Hamidi dalam perlawanan di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia