Berita Harian

‘Biarlah Mat Don pergi JDT’

Tok Gajah tak terkilan, sudah kenal pasti calon import lain

- Oleh Zulfaizan Mansor

Juara bertahan Piala FA, Pahang tidak terkilan sekiranya bekas pemain Kedah, Liridon Krasniqi tidak memilih skuad Tok Gajah untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Krasniqi atau Mat Don yang sebelum ini dikatakan hampir pasti menyertai pasukan berkenaan mencetuska­n tanda tanya selepas memuat naik gambarnya bersama pemilik kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim di laman sosial, Instastory miliknya kelmarin.

Pengurus Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata pihaknya tidak boleh menghalang keputusan daripada Liridon walaupun mengakui pihaknya ada mengadakan perbincang­an dengan pemain kelahiran Kosovo itu sebelum ini.

“Walaupun ada perbincang­an secara lisan, terpulang kepada pemain itu. Kalau dia (Liridon) buat keputusan untuk bermain dengan kelab lain kami tak boleh buat apa-apa sebab itu pilihan pemain.

Percaya taktikal Dollah

“Kalau dia sudah rasmi menyertai kelab lain, mungkin peminat tidak lagi menaruh harapan dan kita doakan supaya dia berjaya,” katanya selepas majlis menandatan­gani perjanjian penajaan AlIkhsan Sports Sdn Bhd, di sini, Pengurus Pahang semalam.

“Tugas kami adalah untuk melihat ke depan dan mencari pemain yang setanding dia atau lebih baik lagi. Malah, saya juga percaya dengan taktikal dan pengalaman jurulatih Dollah Salleh dalam membuat pilihan pemain.”

Sekiranya Krasniqi sah menyertai JDT, pemain berusia 27 tahun itu mungkin akan disenaraik­an dalam skuad JDT II selepas juara Liga Super itu sebelum ini mengesahka­n sudah melengkapk­an kuota lima pemain import.

Malah, Krasniqi juga mempunyai peluang cerah untuk diserap sebagai pemain naturalisa­si kedua negara sekiranya dia melengkapk­an lima tahun berkasi di Liga M, selepas empat musim bersama Kedah.

Sementara itu, Dollah berkata beliau sudah mempunyai beberapa calon pemain import yang lain untuk dijadikan taruhan buat skuad Tok Gajah musim ini.

“Anda pun dah tahu, media semalam (kelmarin) dah siar. Kita dapat tahu bahawa Mat Don akan ke JDT, itu yang saya tahu setakat ini. Kita bukan tiada calon, kita masih ada lagi beberapa pemain dalam perhatian.

“Cuma kita ada agak lewat kerana berdepan beberapa kekangan termasuk dari segi menguruska­n visa pemain. Tapi kita sedang berusaha untuk selesaikan secepat mungkin dan pastikan sebelum bermula liga, kita dapat pemain itu,” katanya.

 ??  ?? Krasniqi menyertai JDT untuk saingan Liga M musim ini.
Krasniqi menyertai JDT untuk saingan Liga M musim ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia