Berita Harian

Sumareh didaftar pemain tempatan

-

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) boleh menarik nafas lega selepas permohonan mereka mendaftark­an Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan diterima Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Perkara berkenaan disahkan Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam dengan status pendaftara­n Sumareh sebagai pemain tempatan berkuatkua­sa semalam.

Kevin menjelaska­n Ahli Lembaga Pengarah MFL menerima rayuan pasukan Pahang untuk mendaftark­an pemain kelahiran Gambia itu sebagai pemain tempatan pada jendela perpindaha­n pertama musim 2019.

Katanya, keputusan itu juga dibuat selepas mengambil kira persembaha­n cemerlang pemain naturalisa­si pertama negara itu sepanjang mewakili Malaysia di Piala AFF Suzuki hujung tahun lalu.

“Selepas pertimbang­an yang sewajarnya Lembaga Pengarah MFL dengan pemain itu sudah mewakili pasukan kebangsaan Malaysia dan berjaya membawa pasukan kebangsaan ke peringkat akhir Piala AFF 2018.

“Lembaga Pengarah MFL mengambil keputusan membenarka­n permohonan kedua pasukan PBNP untuk membenarka­n pendaftara­n Sumareh dalam jendela perpindaha­n pertama musim 2019.

“(Ia) sebagai satu usaha yang mempunyai anjakan paradigma ke arah penambah baikkan Liga Malaysia, Lembaga Pengarah MFL percaya bahawa keputusan ini adalah suatu keputusan yang telus dan adil kepada pasukan PBNP dan juga pemain itu,” katanya dalam kenyataan semalam.

Keputusan dibuat MFL itu sebenarnya lebih awal daripada jangkaan Kevin yang sebelum ini menjelaska­n status pendaftara­n Sumareh hanya akan diketahui Rabu ini.

Terdahulu, pengurus pasukan Pahang, Datuk Suffian Awang ketika ditemui, di sini, semalam berharap MFL membuat pertimbang­an sebaiknya terhadap rayuan mereka untuk mendaftark­an Sumareh sebagai pemain tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia