Berita Harian

KLFA minta MFL bersikap adil

Persatuan harap tidak terburu-buru sekat geran tahunan

- Oleh Zulfaizan Mansor

Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) berharap Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tidak terburu-buru dalam mengambil tindakan menyekat geran tahunan persatuan itu.

Ia susulan masalah tunggakan gaji yang dihadapi persatuan berkenaan ketika ini, selain isu itu juga didakwa menjadi punca pemain pertahanan, Syazwan Andik Ishak meninggalk­an The City Boys sebelum kembali ke Johor Darul Ta’zim (JDT).

Naib Presiden KLFA, Datuk Kamarudin Hassan, berkata pihaknya tiada masalah untuk memberi penjelasan lebih terperinci kepada MFL berhubung kelewatan dalam membayar gaji pemain.

Malah, katanya, badan pengelola Liga Malaysia (Liga M) itu juga perlu bertindak adil dengan melihat pasukan lain yang turut berdepan masalah tunggakan gaji dan tidak hanya fokus kepada KLFA.

“Tunggakan gaji itu memang KLFA akan selesaikan dan presiden pun sedang berusaha untuk lunaskan, cuma cepat atau lambat saja. Kita juga sedia memberi penjelasan kepada MFL.

“Tetapi MFL tidak boleh terus nak ambil tindakan. Jangan bila jadi (kes) macam itu terus nak potong (sekat geran tahuan). Sepatutnya guna budi bicara, semak dulu, datang jumpa KLFA dan tanya apa masalah sebenarnya.

Usah tuju KLFA sahaja

“Betul, pemain kata dua bulan tak bayar gaji, itu kita tak nafikan. Tetapi cuba semak juga berapa persatuan lain yang tak bayar gaji kepada pemain, jangan tuju kepada KLFA sahaja.

“Adakah hanya KLFA yang tak bayar gaji lagi? Malah, dalam tempoh setahun dua ini KLFA tiada masalah bayar gaji, kita bayar ikut masa, cuma hujung tahun ini saja kita lewat sikit,” katanya kepada Sukan NSTP semalam.

Menerusi laporan akhbar semalam, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam menjelaska­n pihaknya berhak menyekat pemberian geran tahunan kepada KLFA selaku pasukan Liga Super sebagai cagaran untuk mereka melangsaik­an segala hutang tertunggak.

Ditanya mengenai tindakan Syazwan meninggalk­an skuad The City Boys, Kamarudin berkata pihaknya perlu menerima hakikat itu namun tetap berbangga dapat menggilap semula bakal pemain muda itu hingga menjadi buruan pasukan Liga M.

“Syazwan datang daripada JDT II pada 2017 sebelum menyertai Kuala Lumpur. Jadi maknanya kita ambil masa setahun untuk gilap dia hingga mendapat perhatian semula dari JDT.

“Jadi kita tetap berbangga kerana ia membuktika­n KLFA berjaya menaikkan semula nama dia selaku pemain muda yang berpotensi sepanjang bersama Kuala Lumpur,” katanya. Naib Presiden KLFA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia