Berita Harian

STAR kekal gelanggang FELDA United

-

Kuantan: Stadium Tun Abdul Razak (STAR) di Jengka, Maran kekal menjadi gelanggang rasmi skuad FELDA United FC sepanjang saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Ia disahkan oleh pengendali skuad The Fighters, Mohd Nidzam Jamil yang mengharapk­an sokongan padu dapat diberikan peminat kelab itu sepanjang mengharung­i Liga M 2019.

“Sebenarnya, tiada sebarang perubahan menukar stadium lain kerana STAR memikili kemudahan terbaik buat FELDA United.

“Saya gembira apabila STAR masih menjadi stadium rasmi kelab ini dan pada masa sama, pihak pengurusan tidak ada memaklumka­n kemungkina­n kelab ini akan beraksi di stadium lain,” katanya.

Guna kemudahan sebaiknya

Mohd Nidzam berkata, STAR juga begitu dekat dengan FELDA United sejak kali pertama beraksi pada 2016 dan seharusnya kemudahan yang ada digunakan sebaiknya terutama penghargaa­n kepada peminat The Fighters.

“Peminat terutama dalam kalangan warga peneroka Jengka dapat menyaksika­n FELDA United beraksi di laman sendiri, sekali gus memberi sokongan kerana musim ini kelab ini sudah kembali beraksi di Liga Super,” katanya.

Sebelum ini, difahamkan pengurusan FELDA United kemungkina­n mencari stadium baharu di sekitar Lembah Klang sebagai stadium rasmi bagi saingan Liga M.

Stadium bernilai RM92 juta itu dibuka secara rasmi pada 15 Disember 2015 dan boleh memuatkan kira-kira 25,000 penonton.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia