Berita Harian

Unity Shield milik Helang Merah

-

Alor Setar: Impian Kedah merebut kejuaraan sulung Piala Unity Shield 2019 menjadi kenyataan apabila menewaskan Perak 2-0 di Stadium Darul Aman, kelmarin.

Gol tuan rumah diperoleh menerusi Fernando Rodriquez pada minit ke-67 yang berpunca daripada sepakan percuma selepas Jonatan Bauman dijatuhkan, manakala jaringan kedua melalui pemain gantian, Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-75, hanya dua minit selepas dimasukkan berpunca daripada hantaran Rizal Ghazali.

Perlawanan yang dianjurkan julung kalinya disaksikan oleh kira-kira 25,000 penonton.

Selain sebagai persediaan bagi menghadapi musim baharu, aksi ini turut menjadi landasan silaturahi­m keduadua pasukan, manakala 50 peratus daripada hasil jualan tiket diberikan kepada badan bukan kerajaan (NGO) terpilih di Kedah.

Hadiah disampaika­n oleh Menteri Besar Kedah merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Menteri Besar Perak merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Lakukan yang terbaik

Sementara itu, Syahrul Azwari ketika ditemui menyifatka­n peluangnya beraksi pada perlawanan itu sebagai amat berharga dalam mempersiap­kan dirinya menghadapi musim baharu.

“Peluang diberi jurulatih Aidil Sharin Sahak untuk beraksi mendorong saya melakukan yang terbaik.

“Selepas dipilih masuk pada minit ke-73 menggantik­an Zaquan Adha Abdul Radzak, sudah tentu saya rasa bangga beraksi di stadium dihadiri puluhan ribu penyokong,” katanya yang pernah menyarung jersi Johor Darul Ta’zim II (JDT II) dan Melaka United (MU) sebelum ini.

 ?? [ FOTO AMRAN HAMID/BH ] ?? Mukhriz bersama pemain Kedah meraikan kejayaan menjuarai Piala Unity Shield 2019 di Stadium Darul Aman, kelmarin.
[ FOTO AMRAN HAMID/BH ] Mukhriz bersama pemain Kedah meraikan kejayaan menjuarai Piala Unity Shield 2019 di Stadium Darul Aman, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia