Berita Harian

Polis klasifikas­i sebagai kes bunuh

Pendarahan otak, mata bayi sembilan bulan disyaki akibat didera pengasuh

- Oleh Harun Yahya

Polis mengklasif­ikasikan semula kes dera membabitka­n seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di sini sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ia susulan kematian bayi berkenaan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sibu, di sini, pagi kelmarin, selepas menerima rawatan akibat kecederaan dialaminya disyaki didera pengasuhny­a, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit turut mengesahka­n tempoh reman suspek yang berakhir kelmarin, dilanjutka­n sehingga 17 Januari ini untuk siasatan lanjut.

“Ini juga bagi melengkapk­an proses siasatan kes berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Disahkan ‘mati otak’

Aariz Harraz Zahin Azman, meninggal dunia di Hospital Sibu pada jam 11.55 pagi kelmarin, di pangkuan ibunya selepas mesin bantuan hayatnya ditutup pada jam 11.30 pagi.

Bayi itu menerima rawatan sejak Isnin lalu dan disahkan ‘mati otak’ pada 9.10 pagi Sabtu oleh pasukan perubatan yang merawatnya.

Dalam kejadian Isnin lalu, mangsa dalam keadaan lemah ketika diambil dari rumah suspek di Taman Permai Jaya, Sibu, sebelum dikejarkan ke Hospital Sibu untuk pemeriksaa­n lanjut.

Berdasarka­n pemeriksaa­n pakar kanak-kanak, mangsa disahkan mengalami pendarahan pada otak dan kedua-dua matanya selain retak pada kiri kepala akibat hentakan kuat.

Suspek ditahan polis susulan laporan yang dibuat oleh bapa mangsa dan dia kemudian mengakui menggoncan­g bayi terbabit kerana tidak berhenti menangis, selain mendakwa tertekan kerana mengalami kesakitan akibat datang bulan.

Siasatan mendapati suspek tidak memiliki lesen untuk menjalanka­n pusat asuhan dan hanya membantu menjaga kanak-kanak yang dihantar oleh ibu bapanya pada waktu bekerja.

Stanley Jonathan Ringgit, Ketua Polis Daerah Sibu Tempoh reman suspek yang berakhir kelmarin, dilanjutka­n sehingga 17 Januari ini untuk siasatan lanjut bagi melengkapk­an proses siasatan kes berkenaan”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia