Berita Harian

Dua kesan tembakan di dinding, lantai

-

Tuaran: Keadaan rumah di tingkat empat, Taman Telipok Ria, di sini, yang dijadikan lokasi persembuny­ian suspek dengan menjadikan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun sebagai tebusan, petang kelmarin, kini sudah dibersihka­n.

Tinjauan pagi tadi mendapati penghuni rumah masih membersihk­an sisi kotoran di dalam rumah mereka, selain masih terdapat dua kesan tembakan di bahagian dinding dan lantai.

Penghuni rumah berkenaan, Kasman Rahim, 25, berkata sejak malam kelmarin, sebaik polis selesai menjalanka­n siasatan, mereka sekeluarga menjalanka­n gotong-royong membersihk­an rumah.

“Keadaan bilik bertabur, manakala di bahagian dapur masih ada darah. Kami mengambil masa sejam untuk membersihk­annya dengan bantuan jiran.

“Ada beberapa kerosakan di bahagian pintu, selain gelas pecah. Beras untuk bekalan kami dibuang oleh suspek,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Kasman berkata, ketika kejadian, bapa dan seorang lagi kakaknya berada di rumah manakala dia ada urusan di luar.

“Bapa saya ada beritahu supaya suspek tidak perlu berbuat demikian (mencederak­an mangsa) kerana kasihan kepada kanak-kanak yang dijadikan tebusan. Tetapi dia tidak menghirauk­an dan meminta supaya tidak mendekatin­ya,“katanya.

Penduduk masih trauma

Sementara itu, penduduk di tingkat tiga, Marsilyn Abdul Musa, 24, berkata dia masih trauma dengan kejadian itu dan tidak dapat tidur dengan tenang.

“Selepas kejadian, kami sekeluarga berjaga sehingga pagi di luar rumah kerana tidak dapat tidur selain masih terbayang tindakan lelaki itu menjadikan mangsa sebagai tebusan. Ratarata penghuni di sini berjaga sehingga lewat malam dan ada juga sehingga pagi,” katanya.

Mengenai kejadian itu, Marsilyn berkata, dia sedang tidur sebelum terjaga apabila terdengar jeritan ibu mangsa.

“Saya ingatkan ada orang bergaduh lalu bergegas ke tingkat empat dan terkejut apabila dimaklumka­n anak sepupu saya dijadikan tebusan oleh seorang lelaki. Saya sempat merakamkan gambar suspek sambil beberapa penghuni merayu supaya melepaskan kanak-kanak itu.

“Suspek terus memegang kanak-kanak itu sambil meletakkan pisau di leher dan masuk ke dalam tandas,” katanya sambil menambah beberapa jiran mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyediaka­n dua tilam di bahagian bawah rumah kerana bimbang suspek mencampakk­an kanak-kanak itu.

 ?? [ FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN / BH ] ?? Kasman membersihk­an tempat suspek ditembak mati di kediamanny­a di Taman Telipok Ria, semalam.
[ FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN / BH ] Kasman membersihk­an tempat suspek ditembak mati di kediamanny­a di Taman Telipok Ria, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia