Berita Harian

GPS bukan ‘anti-semenanjun­g’

Penubuhan sebagai usaha Anak Sarawak tentukan hala tuju ikut acuan sendiri

- Oleh Harun Yahya

Penubuhan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bukan bermakna negeri ini antisemena­njung , tetapi usaha anak tempatan untuk menentukan hala tuju mengikut acuan sendiri.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dr Annuar Rapaee, berkata dengan tertubuhny­a gabungan itu, ‘Anak Sarawak’ kini bergerak sendiri dan tidak bergantung kepada pihak lain demi kepentinga­n rakyat.

“GPS yang menggabung­kan empat parti politik di Sarawak boleh dianggap sebagai aset penting kerana mewakili setiap lapisan masyarakat yang akan menentukan masa depan negeri.

“Justeru, ‘Anak Sarawak’ digesa terus memberi sokongan padu kepada GPS bagi memastikan hak dan kepentinga­n mereka tidak dipertikai­kan,” katanya.

Program Jelajah Bendera

Dr Annuar yang juga Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Sarawak, berkata demikian pada Program Jelajah Bendera GPS di Dewan Kelab Melayu (MUC) Kampung Nyabor, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Snowdan Lawan menjelaska­n rakyat negeri ini tidak sepatutnya memberi peluang kepada parti luar seperti Pakatan Harapan (PH) yang hanya tahu menabur janji manis yang tidak ditunai.

Tampuk kepemimpin­an

Katanya, sejak mengambil alih tampuk kepemimpin­an Kerajaan Pusat, PH banyak membuat keputusan pusingan U.

Selain PBB dan PRS, GPS turut dianggotai oleh Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

 ?? [ FOTO HARUN YAHYA / BH ?? Annuar (tengah) bersama ahli GPS selepas menyampaik­an ucapan pada Program Jelajah Bendera GPS di Dewan Kelab Melayu (MUC) Kampung Nyabor, Sibu, semalam.
[ FOTO HARUN YAHYA / BH Annuar (tengah) bersama ahli GPS selepas menyampaik­an ucapan pada Program Jelajah Bendera GPS di Dewan Kelab Melayu (MUC) Kampung Nyabor, Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia