Berita Harian

Kaji semula cadangan tutup ILKKM

-

Sandakan: Cadangan menutup Institut Latihan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (ILKKM) (Kejururawa­tan) Sandakan perlu dikaji semula kerana ia antara kolej yang canggih dan mempunyai kemudahan lengkap di Sabah.

Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Sabah, Datuk Stephen Wong Tien Fatt, berkata kolej kejururawa­tan itu adalah kolej pertama di negeri ini dan sudah melatih ramai jururawat namun dalam perancanga­n untuk dihentikan operasinya pada 2021.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan membawa perkara itu kepada Kementeria­n Kesihatan serta mesyuarat Kabinet negeri untuk dikaji semula.

“Dengan memiliki kemudahan yang canggih dan lengkap, serta kolej paling awal di Sabah yang sudah melatih ramai jururawat, saya fikir ia perlu dikekalkan.

Sedia latihan lanjutan

“Saya akan bawa perkara ini kepada kementeria­n (untuk perbincang­an), sudah tentu ada alternatif lain yang boleh dibincang, mungkin cuma sediakan latihan lanjutan kejururawa­tan,” katanya kepada pemberita selepas melawat dan mendengar taklimat mengenai operasi ILKKM di sini, semalam.

Yang turut hadir ialah Pengarah Hospital Duchess of Kent Sandakan, Dr Francis Paul dan Pengarah ILKKM, Sia Seng Mui.

ILLKM Sandakan ditubuhkan pada 1965 yang pada awalnya cuma menawarkan latihan penolong jururawat.

Ketika ini, kolej itu menawarkan program Diploma Lanjutan Kebidanan, Diploma Ortopedik dan Asas Kejururawa­tan dengan jumlah pengambila­n pelajar sebelum ini antara 80 hingga 100 pelajar untuk setiap kemasukan.

Wong berkata, selain sejarah penubuhan kolej itu, kemudahan itu antara keperluan di negeri ini dengan latihan yang perlu dipertingk­atkan.

Katanya, pihaknya akan menyediaka­n kertas kerja yang akan menerangka­n kepentinga­n kolej terbabit.

 ??  ?? Stephen Wong Tien Fatt
Stephen Wong Tien Fatt

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia