Berita Harian

SINGAPURA PATUT MINTA MAAF TANGGUH MESYUARAT BERSAMA JMCIM

Malaysia perlu pendekatan lebih strategik atasi isu dua hala

- Oleh Fahmy A Rosli

Isu dua hala membabitka­n Malaysia-singapura memerlukan pendekatan yang lebih strategik oleh pemimpin negara kita supaya tidak dilihat terlalu ‘melayan’ kerenah republik berkenaan.

Pakar geostrateg­is Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan, berkata republik itu perlu diingatkan secara tegas supaya tahu membezakan antara urusan ekonomi dan isu pertindiha­n sempadan.

Katanya, setelah mesyuarat Jawatankua­sa Bersama Kementeria­n untuk Iskandar Malaysia (JMCIM) yang dijadualka­n semalam ditangguhk­an Singapura, Malaysia perlu mengemukak­an bantahan kepada republik itu.

Banyak ruang perbincang­an

“Buat bantahan kepada Singapura mengenai pembatalan JMCIM, bukan menyokong secara tersirat pembatalan itu. Ingatkan Singapura, sebagai jiran terdekat tidak molek untuk campur aduk urusan ekonomi seperti JMCIM dengan isu pertindiha­n sempadan.

“Memang benar, tolak ansur kriteria penting bagi menjernihk­an keadaan, tapi kita jangan pula sokong tindakan Singapura yang menuduh Malaysia menceroboh (perairan).

“Banyak lagi ruang perbincang­an yang ada jika lawatan (Menteri Hal Ehwal Ekonomi) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu tidak berlaku,” katanya ketika dihubungi.

Beliau mengulas tindakan Azmin mengunjung­i Singapura walaupun mesyuarat dua hala tahunan antara kedua-dua negara ditunda berikutan dakwaan ‘tindakan provokasi’ oleh Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian.

Menurut laporan The Straits Times Singapura, Azmin memulakan lawatan dua harinya kelmarin dengan bertemu Menteri Pembanguna­n republik itu, Lawrence Wong dan Menteri Luar, Dr Vivian Balakrishn­an.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Politik dan Pengajian Antarabang­sa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib, berpendapa­t walaupun wujud persepsi lawatan Azmin ke Singapura seolah-olah memperliha­tkan Malaysia ‘takut’ dengan republik itu, ia sebenarnya membawa mesej amat diperlukan kedua-dua negara.

Perkukuh hubungan

Beliau yang juga Presiden Persatuan Gerakan Demokrasi Profesiona­l (PRODEM), berkata apa yang dilakukan menteri berkenaan menunjukka­n Malaysia mengamalka­n sikap konstrukti­f bagi memperkuku­hkan hubungan diplomasi dari sudut perkongsia­n pembanguna­n dan ruang ekonomi antara kedua-dua negara.

“Lawatan beliau, walaupun nampak seperti Malaysia ‘takut’ dengan Singapura, membawa mesej khusus bahawa Singapura sangat perlukan Malaysia susulan hubungan yang baik dan mesra oleh menteri Malaysia.

“Layanan diberi kepada Azmin jelas menunjukka­n Singapura faham kuasa negeri dan Persekutua­n di negara kita. Pengalaman Singapura dalam Malaysia menjadikan diplomasi lebih mesra dan mudah walaupun diselubung­i situasi tegang serta provokasi,” katanya.

Sementara itu, Menteri Luar,, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata beliau akan bertemu Osman susulan dakwaan Singapura bahawa rombongan Menteri Besar Johor itu menceroboh perairan Singapura di Tuas, Rabu lalu.

 ??  ?? Azmi Hassan
Azmi Hassan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia