Berita Harian

Pesawat kargo tentera Iran terhempas

-

Orang ramai meninjau bangkai pesawat kargo Boeing 707 milik tentera Iran yang terhempas dekat Tehran, semalam selepas kapal terbang itu dikatakan terlajak keluar dari landasan sebelum merempuh sebuah bangunan menyebabka­n 15 terkorban.

Tehran: Sekurang-kurangnya 15 orang terkorban selepas sebuah pesawat kargo milik tentera Iran terhempas ketika cuaca buruk berhampira­n ibu kota negara itu, semalam.

Agensi berita Fars menyebut, pesawat itu membawa 16 penumpang dan hanya jurutera penerbanga­n yang terselamat.

Jurucakap organisasi penerbanga­n Iran, Reza Jafarzadeh memberitah­u penyiar rasmi IRIB, pesawat kargo Boeing 707 itu terlajak keluar dari landasan ketika cuba mendarat.

“Sebuah pesawat kargo Boeing yang membawa bekalan daging dari Bishkek di Kyrgyzstan melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang Fath, hari ini (semalam). Jurutera yang terselamat itu sudah dihantar ke hospital,” menurut kenyataan tentera.

“Pesawat itu terlajak dari landasan ketika membuat pendaratan dan sejurus selepas itu ia terbakar selepas melanggar sebuah bangunan pada penghujung landasan.”

Sementara itu, difahamkan kotak hitam pesawat iaitu pita rakaman suara kokpit (CVR) sudah ditemui di kawasan kemalangan itu.

Jurucakap tentera, Shahin Taghikhani memberitah­u televisyen kebangsaan bahawa kapal terbang itu milik Iran dan semua mangsa dalam pesawat berkenaan adalah warga Iran. Kenyataan itu menyusul selepas laporan yang berbeza mengenai siapa pemilik pesawat berkenaan.

 ?? [ FOTO AFP ] ??
[ FOTO AFP ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia