Berita Harian

SPRM SIASAT PEGAWAI KDN SALAH GUNA KUASA, RASUAH KONTRAK IT RM3.5 BILION

-

Kuala Lumpur: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang melaksanak­an profiling berhubung penyalahgu­naan kuasa dan rasuah yang didakwa berlaku di Kementeria­n Dalam Negeri (KDN).

Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Datuk Seri Shukri Abdull mengesahka­n pihaknya menerima maklumat berhubung penyalahgu­naan kuasa membabitka­n rasuah di kementeria­n itu.

“SPRM baharu sahaja menerima maklumat ini. Jadi kami perlu melaksanak­an beberapa 'profiling' dahulu dan mengembang­kan maklumat yang ada,” katanya kepada BH.

Selain itu, BH difahamkan, siasatan SPRM berhubung penyalahgu­naan kuasa di KDN itu dipercayai masih berada dalam status ‘surat risik’.

Status ‘surat risik’

Status ‘surat risik’ biasanya dilaksanak­an SPRM apabila mereka memperoleh maklumat awal yang mempunyai asas untuk siasatan segera dilaksanak­an sebelum kertas siasatan sebenar dibuka.

Difahamkan, SPRM ketika ini memperoleh beberapa maklumat awal berhubung unsur rasuah yang membabitka­n pegawai kanan di kementeria­n itu dan sedang mengumpul bukti kukuh sebelum siasatan sepenuhnya dijalankan.

BH juga difahamkan SPRM sudah mengarahka­n pegawainya untuk menjalanka­n siasatan berikutan dakwaan yang diterima serius selain membabitka­n integriti sebuah jabatan dan kementeria­n utama negara.

Sebuah portal berita tempatan sebelum ini mendedahka­n SPRM menerima maklumat bahawa pertukaran Ketua Pengarah Imigresen mungkin ada kaitan dengan percubaan menganuger­ahkan kontrak teknologi maklumat (IT) jabatan itu yang bernilai RM3.5 bilion.

Kontrak IT itu dipercayai berkaitan dengan Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN) yang bernilai RM3.5 bilion yang diumumkan batal oleh Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Disember lalu dan diganti dengan sistem dalam talian sepenuhnya yang digelar myimms Global.

Portal itu mendedahka­n bahawa pegawai kanan yang dimaksudka­n itu mempunyai kaitan dengan syarikat yang dijangka dianugerah kontrak projek itu.

SPRM baharu sahaja menerima maklumat ini. Jadi kami perlu melaksanak­an beberapa 'profiling' dahulu dan mengembang­kan maklumat yang ada” Shukri Abdull, Ketua Pesuruhjay­a SPRM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia