Berita Harian

AZEEZ, ABANG DIDAKWA KES RASUAH, UBAH WANG HARAM HARI INI

Penahanan bagi bantu siasatan rasuah, ubah wang haram

- Oleh Mohd Husni Mohd Noor cnews@nstp.com.my

Ahli Parlimen Baling yang juga bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan abangnya, Datuk Abdul Latif, ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang semalam.

Penahanan itu bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Kedua-duanya ditahan kira-kira jam 4.30 petang selepas hadir memberi keterangan berhubung kes berkenaan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, di sini.

SPRM dalam kenyataan berkata, pihaknya sudah mendapat izin untuk mendakwa kedua-dua beradik itu daripada Pejabat Peguam Negara.

“Susulan itu, kedua-dua mereka akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok (16 Januari) jam 9 pagi mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001,” katanya.

Terdahulu, Abdul Azeez dan Abdul Latif tiba di Ibu Pejabat SPRM jam 2.55 petang untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan itu.

Abdul Azeez yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO tiba dengan menaiki Proton Perdana.

Sebelum ini, Abdul Azeez pernah dipanggil memberi keterangan oleh SPRM berhubung siasatan kes tender projek kerajaan.

Malah, pada 15 September lalu, SPRM menahan Abdul Azeez dan abangnya serta seorang pengarah syarikat berhubung dakwaan penerimaan rasuah daripada sebuah syarikat kontraktor bagi satu projek TH.

 ??  ??
 ??  ?? Abdul Azeez Abdul Rahim
Abdul Azeez Abdul Rahim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia