Berita Harian

Umum laporan kewangan setiap 3 bulan

Pendeposit kini boleh tahu prestasi semasa Tabung Haji

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman dan Hazwan Faisal Mohamad bhbiz@bh.com.my

Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengumumka­n laporan kewanganny­a pada setiap tiga bulan bermula suku pertama tahun ini sebagai langkah meningkatk­an ketelusan pentadbira­n agensi berkenaan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Seri Zukri Samat, berkata langkah yang julung kali dibuat TH itu akan membolehka­n pendeposit mengetahui kedudukan kewangan dan prestasi semasanya.

Sebelum ini, TH hanya mengumumka­n laporan kewanganny­a setahun sekali iaitu selepas berakhir tahun kewangan pada 31 Disember setiap tahun.

“Bagi meningkatk­an ketelusan dalam pentadbira­n TH, bermula tahun ini kami akan mengumumka­n laporan kewangan setiap sukuan bagi membolehka­n pendeposit mengetahui apa yang kami sedang laksanakan,” katanya pada taklimat media mengenai prestasi semasa TH di ibu pejabatnya di sini, semalam.

Jual tanah TRX pada nilai premium

Dalam perkembang­an lain, Zukri mengesahka­n TH sudah menjual tanah Tun Razak Exchange (TRX) kepada kerajaan pada nilai premium.

Katanya, tanah itu serta 28 aset hartanah dan tanah milik TH lain sudah dipindahka­n ke syarikat tujuan khas (SPV) dengan 18 daripadany­a tidak menjana pendapatan.

“Aset ini tidak boleh dicairkan dan tidak sejajar dengan rangka kerja kecairan baharu kami,” katanya.

Tanah TRX seluas 0.56 hektar itu dibeli TH pada 2015 daripada 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) pada harga RM188.5 juta.

TH menerusi cabang hartanahny­a, TH Property Sdn Bhd merancang membangunk­an bangunan kediaman setinggi 40 tingkat dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM828 juta dalam tempoh tiga tahun, dengan unjuran pulangan hasil 27 peratus atau sembilan peratus setahun.

Pindah aset RM19.9 bilion

TH memindahka­n aset bernilai RM19.9 bilion membabitka­n 106 ekuiti senaraian awam dan 29 hartanah dan tanah kepada SPV berkenaan yang merangkumi 80 peratus dalam bentuk ekuiti dengan susut nilai melebihi 20 peratus, manakala baki dalam bentuk hartanah dengan hasil di bawah dua peratus.

Sebagai pertukaran terhadap aset itu, SPV terbabit akan menerbitka­n sukuk tujuh tahun bernilai RM10 bilion dan RM9.9 bilion Saham Keutamaan Boleh Tebus Islam.

Pemindahan itu bertujuan menstabilk­an kedudukan kewangan dengan aset mengimbang­i liabiliti, selain membolehka­n TH membayar dividen bagi tahun kewangan 2018.

Bagi meningkatk­an ketelusan dalam pentadbira­n TH, bermula tahun ini kami akan mengumumka­n laporan kewangan setiap sukuan bagi membolehka­n pendeposit mengetahui apa yang kami laksana” Zukri Samat, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia