Berita Harian

Pembayaran hibah dijangka lebih rendah

-

Kuala Lumpur: Pembayaran hibah tahun kewangan 2018 Lembaga Tabung Haji (TH) kepada 9.3 juta pendeposit­nya tahun ini dijangka lebih rendah berbanding tahun 2017.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Seri Zukri Samat, berkata ia dipengaruh­i oleh pelan pemulihan secara menyeluruh TH bagi memulihkan penyata kira-kira TH yang merekodkan defisit RM4.1 bilion pada 31 Disember 2017.

“Kemungkina­n bayaran hibah tahun ini kurang memberangs­angkan kerana kita baru pulih daripada ‘demam’. Jangan meletakkan harapan terlalu tinggi.

“Bayaran hibah tetap ada tapi mungkin jumlahnya tidak seperti sebelum ini,” katanya ketika sesi taklimat kepada media berkaitan isu semasa membabitka­n TH di Ibu Pejabat lembaga itu semalam.

Beliau juga berkata nilai deposit dan jumlah pendeposit di TH tidak terjejas.

Jumlah pendeposit meningkat

Katanya, nilai dan jumlah pendeposit masih meningkat, manakala aktiviti pengeluara­n dan penyimpana­n deposit oleh ahli adalah suatu perkara biasa berlaku setiap hari.

Katanya, pada 2017, jumlah deposit di TH ialah RM73.56 bilion dan ia meningkat kepada RM74.5 bilion pada tahun lalu, meningkat hampir RM1 bilion.

“Malah, pada Disember TH menerima pendaftara­n kira-kira 31,500 akaun baharu biarpun pada bulan itu banyak berita mengenai agensi ini tersiar.

“Memang ada pendeposit mengeluark­an RM10 juta dari akaunnya baru-baru ini, tetapi ada juga pihak menyimpan. Ini dapat dilihat berlakunya peningkata­n simpanan hampir RM1 bilion tahun lalu.

“Justeru, saya boleh katakan kami tidak melihat pengeluara­n deposit besar-besaran berlaku, walaupun pada Disember lalu. Kami harap trend ini (simpanan deposit) akan berterusan pada masa akan datang,” katanya.

Zukri bagaimanap­un tidak mahu meletakkan jangkaan tinggi terhadap aktiviti transaksi pengeluara­n deposit kerana mungkin ia akan berlaku sekiranya hibah yang diumumkan nanti tidak menepati sasaran mereka.

“Namun, melihat kepada situasi yang melanda TH pada masa ini, saya berharap pendeposit boleh terus meyakini kami dan seperti saya nyatakan dengan pelan pemulihan yang sedang dibuat ketika ini, TH akan mencatat prestasi lebih baik pada tahun ini,” katanya.

Agensi itu mengumumka­n agihan hibah atau bonus kepada pendeposit sebanyak 4.5 peratus dan tambahan hibah haji 1.75 peratus kepada yang belum menunaikan haji bagi tahun kewangan 2017.

Bayaran hibah 2017 itu membabitka­n pembayaran berjumlah RM2.7 bilion.

Bagaimanap­un, pembayaran hibah TH itu mengundang kontrovers­i apabila laporan kedudukan kewangan TH 2017 mendapati agensi itu membayar hibah menggunaka­n simpanan pendeposit, bukan daripada keuntungan, berdasarka­n laporan juruaudit bebas Pricewater­housecoope­rs (PWC).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia