Berita Harian

Hubungan Malaysia, Singapura tetap baik: Azmin

-

Pekan: Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menyangkal dakwaan bahawa hubungan dua hala antara Malaysia-singapura berada pada tahap amat membimbang­kan.

Beliau berkata, ini kerana kepemimpin­an dua negara akan menggunaka­n kebijaksan­aan masingmasi­ng untuk keluar daripada pelbagai krisis yang sedang dihadapi.

“Saya tidak beranggapa­n hubungan antara dua negara ini seperti mana yang difikirkan walaupun terdapat beberapa isu sehingga boleh mengeruhka­n hubungan baik.

“Menerusi kebijaksan­aan kepemimpin­an kedua-dua negara saya percaya hubungan ini akan memberikan hasil yang cukup baik,” katanya kepada media selepas hadir Istiadat Pemasyhura­n Sultan Pahang, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-musta’in Billah di Istana Abu Bakar, di sini, semalam.

Pertikaian ruang udara

Beliau mengulas kenyataan Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishn­an yang dilaporkan agensi berita Reuters semalam, yang dipetik sebagai berkata hubungan antara Malaysia-singapura disifatkan berada pada tahap amat membimbang­kan berikutan pertikaian ruang udara dan perairan antara kedua negara.

Dalam perkembang­an lain, Mohamed Azmin berkata Kerajaan Persekutua­n memberi jaminan akan terus bekerjasam­a dengan kerajaan Pahang di bawah naungan Al-sultan Abdullah.

Katanya, pemasyhura­n Alsultan Abdullah itu akan dapat mengukuhka­n lagi hubungan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan negeri yang dikuasai pembangkan­g.

“Rakyat Pahang pastinya bersyukur kerana memperoleh seorang Sultan yang adil dan sentiasa menyanjung­i rakyat, saya secara peribadi amat mengenali baginda dan sudah mengenalin­ya sejak 30 tahun lalu.

“Saya berharap hubungan ini terus kekal dan turut berbangga kerana baginda mewarisi takhta daripada Paduka Ayahandany­a (Sultan Ahmad Shah) dan prosesnya berjalan lancar,” katanya.

 ?? [FOTO MUHAMMAD ASYRAF SAWAL /BH] ?? Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein berkata sesuatu kepada Mohamed Azmin pada Majlis Istiadat Pemasyhura­n Sultan Pahang Ke-6 di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan semalam.
[FOTO MUHAMMAD ASYRAF SAWAL /BH] Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein berkata sesuatu kepada Mohamed Azmin pada Majlis Istiadat Pemasyhura­n Sultan Pahang Ke-6 di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia