Berita Harian

‘Perlu referendum, tak wajar ketepi pendapat umum’

-

Kuala Lumpur: Kerajaan sewajarnya mengadakan pungutan pandangan pada peringkat nasional atau referendum terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan menghapusk­an hukuman mati atau sebaliknya.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor, berkata keputusan itu amat besar dan kerajaan tidak wajar membelakan­gkan pendapat umum sebelum perkara itu diputuskan sepenuhnya pada sidang di Dewan Negara kelak.

“Saya melihat perkara ini sebagai perkara yang besar dan penting, justeru public opinion (pandangan umum) harus didengar.

“Sepatutnya keputusan yang sebesar ini, mesti ada pungutan suara daripada masyarakat di negara ini. Saya yakin 60 hingga 80 peratus rakyat bersetuju hukuman mati dikekalkan.

“Saya merayu pada kerajaan untuk mengadakan referendum sebagai mengambil kira hak rakyat berhubung pandangan mereka mengenai perkara itu,” katanya pada sidang media khas di Kelab Sultan Sulaiman, di sini, semalam.

Tak nampak keseimbang­an

Sidang media turut disertai tiga pengamal undang-undang, Adnan Seman, Faidhur Rahman Abdul Hadi dan Christine Teng.

Abdul Rahim berkata, beliau tidak nampak keseimbang­an antara pihak yang menuntut hukuman itu dihapuskan dalam membela hak waris kepada mangsa yang dianiaya penjenayah, contohnya dalam kes bunuh.

“Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Lawyers for Liberty, Majlis Peguam Malaysia (Majlis Peguam) antara yang lantang mahu hukuman mati dihapuskan dengan alasan hak asasi manusia ke atas pesalah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia