Berita Harian

Dividen KWSP 2018 dijangka rendah: Samsudin

Agensi belum putuskan, perbincang­an terperinci sebelum umum

-

Kuala Lumpur

Kitu tertakluk kepada faktor pasaran dan sentimen tempatan.

Beliau yang enggan mengulas lanjut berkata, turun naik dividen boleh dipengaruh­i antaranya, oleh faktor berkenaan.

“Boleh bayangkan keadaan pasaran (tahun ini). Saya tidak boleh kata dividen lebih rendah tahun ini (untuk 2018) kerana belum ada keputusan (akhir).

“Kita (KWSP) cuma melihat apa (faktor) yang berlaku tahun ini,” katanya, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarka­n Buku terbitan Pusat Penyelidik­an Kesejahter­aan Sosial (SWRC) Universiti Malaya (UM). Ditanya sama ada dividen KWSP sekitar lima peratus dan Simpanan Shariah, 4.5 peratus, Samsudin enggan mengulas lanjut.

“Sentimen (faktor mempengaru­hi dividen) seperti tahun lalu. Memang itu faktor yang boleh menjejaska­n dividen,” katanya.

Mengulas lanjut, Samsudin menegaskan KWSP sedang mengadakan perbincang­an terperinci dan belum memutuskan dividen tahun ini.

Jangka aliran penurunan

Sebelum ini, BH melaporkan penganalis­is ekonomi menjangkak­an KWSP akan mengumumka­n dividen simpanan konvension­al sekitar lima peratus dan Simpanan Shariah, 4.5 peratus.

Aliran penurunan dijangka berlaku dalam pengagihan dividen KWSP termasuk hibah Tabung Haji, susulan dipengaruh­i faktor global dan sentimen tempatan.

Difahamkan, faktor lain yang boleh mempengaru­hi penurunan dividen termasuk perang perdaganga­n Amerika Syarikat-china yang menjadikan pasaran ekuiti global dan tempatan merudum serta perubahan dasar ekonomi utama.

Faktor penurunan harga minyak mentah dijangka turut menyebabka­n KWSP lebih berhati-hati untuk menyimpan tunai bagi pelaburan akan datang dan ketidakpas­tian politik dan sosioekono­mi di Eropah (Brexit).

Sentimen tempatan yang dijangka mempengaru­hi jangkaan aliran penurunan, antara lain, usaha kerajaan yang masih mencari rentak pentadbira­n optimum pada 2018; kelembapan sektor hartanah; kelemahan ringgit.

Pada 2017, KWSP mengisytih­arkan dividen sebanyak 6.40 peratus bagi Simpanan Shariah dan dividen 6.90 peratus (simpanan konvension­al). Pengerusi KWSP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia