Berita Harian

‘Takrifan perbelanja­an pilihan raya atau sogokan’

-

Kuala Lumpur: Sebarang pemberian dalam bentuk wang tunai mahu pun ganjaran termasuk wang minyak yang diberikan kepada pengundi dengan niat untuk mendapatka­n undi adalah kesalahan yang termaktub dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar, berkata Seksyen 10, akta berkenaan menjelaska­n secara spesifik bentuk sogokan bagi membeli undi.

Katanya, sembilan kesalahan sogokan berdasarka­n seksyen itu termasuk pemberian ‘wang minyak’ yang boleh mendorong mendapatka­n undi.

“Dalam kes Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, ada gambar menunjukka­n wujud pemberian wang yang didakwa calon Pakatan Harapan (PH), M Manogaran sebagai bayaran untuk sukarelawa­n parti.

“Persoalann­ya, adakah sukarelawa­n itu pengundi. Jika sukarelawa­n itu pengundi, maka ia menyalahi akta berkenaan dan aduan boleh dibuat kepada Pegawai Pengurus Pilihanray­a, polis atau Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya kepada BH mengulas mengenai politik wang dan wang politik berikutan penyebaran gambar pemberian wang oleh petugas kempen calon PH di Cameron Highlands, barubaru ini.

Isnin lalu, Manogaran dilaporkan berkata, isu pemberian wang kepada sukarelawa­n oleh individu yang dipercayai petugas PH bukanlah satu masalah besar kerana tidak menyalahi undang-undang.

Katanya, pemberian wang itu dikira sebagai sebahagian daripada perbelanja­an kempen pilihan raya.

Wan Ahmad menjelaska­n, kebiasaann­ya memang parti politik dalam PRK mahu pun Pilihan Raya Umum (PRU) akan membayar petugas mereka.

Namun, katanya, dalam kes ini bagaimana untuk membuktika­n wang yang diberikan itu termasuk dalam kos petugas kerana biasanya petugas adalah orang tempatan yang juga pengundi di kawasan berkenaan.

Sukar ditafsirka­n

Sementara itu, Profesor Undangunda­ng Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, berkata tafsiran bagi politik wang dan wang politik untuk PRK Cameron Highlands sukar untuk ditafsirka­n.

Katanya, tafsiran untuk politik wang dan wang politik ini perlu dirujuk kembali kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 sama ada pemberian wang kepada petugas kempen itu boleh dikira sebagai Profesor Undang-undang UIAM sogokan atau memberi maksud yang lain.

“Buat masa ini pun, Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun sendiri tidak membuat keputusan sama ada pemberian wang itu yang didakwa bayaran upah sukarelawa­n dibolehkan atau tidak.

“Saya bersetuju dengan pendirian ini kerana ia tidak memihak kepada mana-mana pihak,” katanya.

Beliau menegaskan definisi politik wang dan wang politik itu agak sukar kerana hanya mahkamah boleh menentukan sama ada wujud kesalahan menyogok atau tidak.

“Penghakima­n bagi melucutkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRU-14 kerana memang wujud pemberian wang secara salah dan diputuskan satu bentuk kesalahan,” katanya.

Namun, beliau menjelaska­n secara umumnya, politik wang itu membawa konitasi satu kesalahan itu jelas berlaku manakala wang politik itu adalah pemberian atau derma kepada mana-mana parti politik.

“Sudah ada kertas kerja untuk mewujudkan akta berkaitan wang politik ini supaya ada peraturan yang jelas bagi memastikan wang itu tidak disalah guna dan sumber dana itu diketahui sama ada dari dalam atau luar negara,” katanya.

Pakar perlembaga­an yang juga Felo Penyelidik Undang-undang dan Perlembaga­an Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Muhammad Fathi Yusof, berkata dalam konteks pilihan raya, sesuatu yang diberikan perlu ditentukan sama ada ia sogokan atau perbelanja­an pilihan raya yang sah.

Katanya, jika wang itu diberikan untuk mempengaru­hi pengundi maka dianggap sebagai sogokan tetapi pihak yang memberikan boleh menafikan dengan mengatakan ia satu bentuk perbelanja­an pilihan raya.

“Penafian itu boleh diterima jika ada bukti yang menyatakan mereka itu petugas pilihan raya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia