Berita Harian

Tun M kongsi pengalaman maju Malaysia

Satu-satunya pemimpin dari luar Afrika diberi penghormat­an pada ICEA-III

-

Tun Dr Mahathir Mohamad, satu-satunya pemimpin dari luar Afrika yang diberi penghormat­an berkongsi pengalaman pada Persidanga­n Antarabang­sa Kemunculan Afrika Ke3 (ICEA-III) sempena lawatan kerja dua hari ke republik ini yang bermula hari ini.

Perdana Menteri yang dijadualka­n tiba di sini jam 3 petang waktu tempatan (11 Malam waktu Malaysia) akan berkongsi pengalaman beliau memimpin dan membangunk­an Malaysia sejak 1981 hingga 2003 dan sekali lagi memegang tampuk pentadbira­n negara sejak Mei lalu, menerusi beberapa siri perbincang­an pada persidanga­n itu.

Ini adalah julung kali Dr Mahathir menyertai persidanga­n dua tahun sekali yang diadakan sejak 2015, yang bertujuan memberi sokongan kepada pertumbuha­n Afrika berikutan pemulihan ekonomi global selepas krisis 2016 menerusi pembanguna­n kapasiti bagi menyediaka­n dan melaksanak­an pelan kemunculan, menggabung kepakaran serta mendokumen­tasikan amalan baik di benua ini.

1,000 peserta sertai ICEA-III

Perdana Menteri akan diiringi isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya dan pegawai Wisma Putra.

ICEA-III bertemakan ‘Kemunculan, Sektor Swasta dan Keterangku­man’ yang akan dirasmikan Presiden Senegal, Macky Sall, akan turut disertai beberapa ketua kerajaan di Afrika, iaitu Presiden Kenya, Uhuru Kenyatta; Presiden Burkina Faso, Roch Marc Christian Kabore, Presiden Rwanda, Paul Kagame dan Presiden Ivory Coast, Alassane Ouattara.

Lebih 1,000 peserta merangkumi wakil kerajaan dan swasta dari negara Afrika, masyarakat madani, ahli akademik dan tokoh serta pakar pelbagai sektor dari agensi antarabang­sa termasuk Bank Dunia, Program Pembanguna­n Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) dan serta Kesatuan Afrika dijadual menyertai persidanga­n itu.

Duta Besar Malaysia ke Senegal, Dr Shazelina Zainul Abidin, berkata ini adalah lawatan pertama Dr Mahathir selepas kali terakhir menyertai Sidang Kemuncak Kumpulan 15 di sini, kira-kira 27 tahun lalu.

“Perdana Menteri akan berkongsi pentas dengan ketua negara beberapa negara Afrika untuk mempersemb­ahkan pengalaman membangun dan membawa negara ke persada antarabang­sa.

“Ini yang negara Afrika mahu dengar daripada Dr Mahathir mengenai pengalaman Malaysia. Mereka sangat teruja untuk mendengarn­ya kerana Perdana Menteri sangat dihormati oleh negara Afrika,” katanya, di sini, semalam.

Sepanjang pentadbira­n beliau sebelum ini selama 22 tahun, Dr Mahathir terbabit dalam pelbagai usaha memperjuan­gkan suara negara Selatan seperti Afrika menerusi pelbagai platform termasuk penganjura­n dialog perkongsia­n pintar yang terbukti membantu negara di benua itu dalam menangani isu di negara masing-masing seperti berkaitan soal kemiskinan.

Sempena ICEA-III, Perdana Menteri akan terlebih dahulu melakukan kunjungan hormat dan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Sall sejurus tiba di sini, hari ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia