Berita Harian

Kementeria­n Sumber Manusia tak berhasrat mansuh HRDF

Fokus perkasa peserta PKS menerusi caruman

- Oleh Muhammad Yusri Muzamir yusri.muzamir@bh.com.my

Kementeria­n Sumber Manusia tidak akan memansuhka­n Tabung Pembanguna­n Sumber Manusia (HRDF) seperti dicadangka­n jawatankua­sa pengawasan pentadbira­n bebas lima anggota (GOC) institusi itu.

Timbalan Menterinya, Datuk Mahfuz Omar, berkata sebaliknya kementeria­n kini fokus untuk memperkasa­kan peserta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerusi caruman dalam HRDF, selaras penubuhann­ya.

“Saya tak fikir pemansuhan HRDF ini satu keperluan, sebaliknya ia diwujudkan bagi memperting­katkan industri. Bagaimanap­un, sebahagian daripada PKS kini tidak memanfaatk­an caruman dibuat dengan HRDF, mungkin mereka ada masalah dan kekangan tertentu.

“Justeru, ia (penyelesai­an) sedang difikirkan oleh HRDF, termasuk mengenai kaedah supaya IKS dapat manfaat daripada dana hasil caruman mereka sendiri.

“Kita ada sesi dialog dengan pihak industri, khususnya PKS untuk bertukar maklumat dan input bagaimana boleh memajukan usaha yang sudah dilakukan selama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat lawatan kerja di Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI) di Simpang Ampat, dekat sini, semalam.

Kelmarin, Persekutua­n Pekilangpe­kilang Malaysia (FMM) menyifatka­n cadangan GOC untuk memansuhka­n HRDF sebagai terburubur­u, sebaliknya berpendapa­t ia perlu fokus dalam usaha mendepani Revolusi Industri 4.0.

Tunggu laporan

Dalam perkembang­an lain, Mahfuz berkata, pihaknya kini sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan Timbalan Pengarah (Pengurusan Latihan) Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Kota Bharu, Mohamad Hazmi Noordin yang menendang motosikal pelajar sehingga tular di media sosial, Jumaat lalu.

“Kementeria­n memohon maaf khususnya kepada ibu, bapa dan penuntut serta orang ramai berikutan kejadian itu. Ia sangat mengecewak­an dan tidak sepatutnya berlaku.

“Kita masih menunggu laporan penuh berhubung insiden terbabit daripada Jabatan Tenaga Malaysia (JTM) sebelum sebarang tindakan diambil,” katanya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara berkata, Datuk Seri Alwi Ibrahim mungkin dikekalkan sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementeria­n Dalam Negeri dengan keputusan itu akan dimuktamad­kan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Dia (Alwi) akan dikekalkan jika Perdana Menteri (Dr Mahathir) kata OK. Ini kerana, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ada alasan kukuh dalam rayuannya untuk mengekalka­n beliau bagi perjawatan berkenaan.

“KSU kementeria­n lain juga mungkin ada dikekalkan, jika terdapat permintaan dikemukaka­n menteri masing-masing. Ini kerana barisan Kabinet sekarang masih baharu dan memerlukan pegawai yang boleh membantu mereka.

“Pandangan saya, Ketua Setiausaha Negara (Datuk Seri Dr Ismail Bakar) seharusnya berbincang dengan semua kementeria­n sebelum memuktamad­kan keputusan pertukaran KSU ini bagi mengelak perkara tak diingini,” katanya.

 ?? [FOTO DANIAL SAAD/BH] ?? Mahfuz ditemani Pengarah Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI), Kamaruzama­n Md Ali (tiga dari kiri) melawat pameran pada hadir lawatan kerja di JMTI Kawasan Perindustr­ian Bukit Minyak, Bukit Mertajam, semalam.
[FOTO DANIAL SAAD/BH] Mahfuz ditemani Pengarah Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI), Kamaruzama­n Md Ali (tiga dari kiri) melawat pameran pada hadir lawatan kerja di JMTI Kawasan Perindustr­ian Bukit Minyak, Bukit Mertajam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia