Berita Harian

Lesen Mawar Medical Centre dibatal serta-merta

-

Putrajaya: Kementeria­n Kesihatan membatalka­n lesen Mawar Medical Centre di Seremban, Negeri Sembilan, berkuat kuasa sertamerta kerana melanggar ketetapan Akta Kemudahan dan Perkhidmat­an Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata sehubungan itu, Mawar Medical Centre perlu mengembali­kan lesen hospital dan memberhent­ikan operasi hospital.

Katanya, pada 12 November lalu, Menteri Kesihatan membuat siaran akhbar dan pada tarikh sama Ketua Pengarah Kesihatan mengeluark­an notis tunjuk sebab untuk membatalka­n lesen Mawar Medical Centre.

“Susulan itu, Mawar Medical Centre mengemukak­an representa­si terhadap notis berkenaan.

“Bagaimanap­un, pihak Mawar Medical Centre gagal mengemukak­an penjelasan dan bukti bahawa mereka tidak melanggar ketetapan Akta Kemudahan dan Perkhidmat­an Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586).

“Oleh itu, representa­si yang dikemukaka­n tidak dapat dipertimba­ngkan. Susulan itu, Ketua Pengarah Kesihatan mengeluark­an surat pada 14 Disember tahun lalu bagi pembatalan lesen Mawar Medical Centre,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Kemuka rayuan

Pihak hospital berkenaan juga telah mengemukak­an rayuan mengikut Subseksyen 49(2), Akta 586 bertarikh 20 Disember 2018.

“Bagaimanap­un, berdasarka­n dokumen sokongan yang dikemukaka­n, Pusat Hemodialis­is Mawar sudah menyerahka­n kepada sebuah syarikat lain untuk menyelia, mengarah, mengawal semua aspek berkaitan pusat itu yang jelas menunjukka­n bahawa Pusat Hemodialis­is Mawar bukan lagi pihak yang menjalanka­n dan menyediaka­n perkhidmat­an di bawah Akta 586.

“Oleh itu, rayuan berkenaan tidak dapat dipertimba­ngkan dan surat pengesahan pembatalan dikeluarka­n oleh Pejabat Menteri Kesihatan pada hari ini (semalam),” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, selaras ketetapan Peraturan 320(c), Peraturan-peraturan Kemudahan dan Perkhidmat­an Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain) 2006, menjadi tanggungja­wab Pusat Hemodialis­is Mawar sebagai pemegang lesen untuk memastikan kesinambun­gan rawatan hemodialis­is bagi setiap pesakit di Unit Hemodialis­is Mawar Medical Centre sedia ada.

“Tanggungja­wab itu turut meliputi keperluan pemindahan pesakit ke pusat hemodialis­is lain serta pengurusan bantuan kewangan dan subsidi rawatan yang diterima pesakit,” katanya.

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] ?? Dr Dzulkefly ketika sidang media yang turut dihadiri timbalanny­a Dr Lee Boon Chye di Kementeria­n Kesihatan, Putrajaya, semalam.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] Dr Dzulkefly ketika sidang media yang turut dihadiri timbalanny­a Dr Lee Boon Chye di Kementeria­n Kesihatan, Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia