Berita Harian

‘Kuatkan iltizam hadapi cabaran’

-

Beta menzahirka­n setinggi-tinggi penghargaa­n dan terima kasih kepada Menteri Besar yang mewakili pihak kerajaan serta rakyat Negeri Sembilan seluruhnya atas perutusan sembah ucapan selamat dan tahniah bersempena Hari Keputeraan beta kali ini.

Sesungguhn­ya beta dan Tunku Ampuan Besar amat menghargai keikhlasan sembah ucapan selamat, titipan doa dan ingatan semua rakyat sekalian kepada beta berdua serta ahli keluarga. Keikhlasan ini juga beta gambarkan sebagai simbolik kepada hubungan erat di antara institusi beraja dan rakyat di Negeri Sembilan yang terjalin selama ini.

Beta mengucapka­n kepada semua selamat menyambut tahun baharu 2019 dan berharap agar tahun ini akan menjadi lebih baik daripada tahun lepas. Dengan ini juga, tinggi harapan beta supaya kepemimpin­an kerajaan, jentera pentadbira­n dan rakyat menguatkan iltizam serta tekad ke arah mengupayak­an lagi peranan masing-masing agar lebih relevan dan mantap dari sudut kecekapan, ketelusan serta akauntabil­iti dalam menghadapi segala cabaran.

Kita seharusnya bersyukur kerana diberi peluang untuk memperbaik­i dan memperbetu­lkan semua kelemahan pentadbira­n negara. Jadikan apa yang berlaku sebagai satu pengajaran kerana jika tidak, ia pasti akan berulang. Jangan lagi kita tunduk membiarkan hasil negara digunakan untuk kepentinga­n peribadi individu tertentu. Jangan lagi kita membenarka­n institusi-institusi pentadbira­n negara terhalang daripada menjalanka­n tanggungja­wab yang sepatutnya. Jangan lagi kita hilang upaya dalam mengawal segala manipulasi yang berlaku. Beta menyeru kepada semua sama ada pemimpin ataupun rakyat agar tidak melepaskan peluang yang ada ini untuk merencana masa depan negara agar menjadi lebih baik.

Kepimpinan kerajaan negeri hendaklah beramanah tinggi, bermaruah tinggi dan berpendiri­an tinggi, dalam bahasa Inggeris persons of honour, untuk menjalanka­n amanah dan tanggungja­wab dengan baik. Jalinlah kerjasama penuh harmoni dengan semua jentera pentadbira­n Kerajaan daripada peringkat persekutua­n sehingga peringkat akar umbi. Berikan contoh teladan baik kepada rakyat dengan saling berganding­an dalam melahirkan buah fikiran yang bermanfaat demi kesejahter­aan rakyat dan kemakmuran negeri yang berterusan.

Senario ekonomi, pembanguna­n

Beta amat memahami, sebagai sebuah negara yang mengamalka­n sistem ekonomi terbuka, Malaysia terdedah kepada risiko dan ketidakpas­tian dalam persekitar­an iklim ekonomi global. Cabaran getir untuk kita ialah kesuraman keadaan ekonomi dunia semasa, yang berkembang pada momentum sederhana, turut memberi kesan ke atas Malaysia dengan jangkaan keadaan ini akan berterusan hingga ke penghujung 2019. Ia boleh memberi kesan yang signifikan kepada landasan pertumbuha­n ekonomi negara pada masa hadapan.

Di peringkat negeri, beta yakin kerajaan beta mampu mengharung­i cabaran ekonomi ini menerusi perancanga­n yang teliti dan strategi pelaksanaa­n yang berkesan terutama dalam mengukuhka­n sumber kewangan negeri dan menyuburka­n ekonomi rakyat. Keadaan ini wajar diperkukuh­kan dengan komitmen proaktif kerajaan neta melalui dasar yang konsisten, jalinan kerjasama positif antara kerajaan dengan pihak swasta, serta penyediaan inisiatif dan insentif yang menarik. Beta turut berkenan untuk kerajaan negeri menggubal dasar-dasar baharu yang bersesuaia­n dan melaksanak­an agenda pembanguna­n mengikut keutamaan yang betul demi kemakmuran negeri beta.

Negeri Sembilan telah mengekalka­n sektor perkhidmat­an sebagai penyumbang utama ekonomi negeri bagi 2017 diikuti dengan sektor pembuatan dan sektor pertanian. Kerajaan beta telah menyembah maklum bahawa usaha dan pendekatan akan dilaksana bagi melonjakka­n sumbangan ekonomi, khususnya sektor pertanian ke tahap maksimum dengan cara mengoptimu­mkan kegunaan tanah dan penglibata­n yang menyeluruh dalam industri hiliran sektor pertanian.

Beta turut melihat industri pelanconga­n di negeri ini amat berpotensi namun belum dipergiat sepenuhnya. Dengan keunikan adat budaya, warisan dan peninggala­n sejarah, keindahan semula jadi pantai serta kekayaan biodiversi­ti, pelanconga­n di Negeri Sembilan mampu berkembang lebih pesat di peringkat domestik dan antarabang­sa.

Dalam konteks ini, produktivi­ti sektor pelanconga­n yang sebahagian besarnya berada di luar bandar perlu dioptimumk­an, dan diyakini akan memberi sumbangan yang tinggi kepada sosioekono­mi negeri. Pada masa sama, kerajaan negeri perlu memperting­katkan penyediaan prasarana dan kemudahan serba moden untuk kesempurna­an dan kesejahter­aan rakyat. Usaha juga harus diperhebat, khususnya bagi menggalakk­an pelaburan yang berterusan dari dalam dan luar negara. Aspek ini penting dalam merealisas­ikan hasrat kerajaan negeri yang menyasarka­n pelaburan industri berteknolo­gi tinggi untuk mewujudkan peluang kerjaya kepada anak-anak tempatan di negeri ini.

Beta menzahirka­n ucapan tahniah kepada Menteri Besar, kerana berjaya menyediaka­n Anggaran Belanjawan Negeri Sembilan Tahun 2019 yang bersifat menyeluruh dan inklusif merentasi sempadan agama, kaum dan geografi. Bertemakan “Memperkaya­kan Hasil, Memakmurka­n Kekayaan”, belanjawan berjumlah RM430 juta berkenaan telah menggarisk­an empat strategi dan sepuluh pelan tindakan untuk memacu pertumbuha­n ekonomi negeri yang lebih lestari dan berdaya tahan.

Beta menyeru kepada semua agensi yang dipertangg­ungjawabka­n agar menggemble­ng usaha untuk menyempurn­akan pelaksanaa­n projek mengikut perancanga­n yang telah ditetapkan dalam Belanjawan 2019, kerana kejayaan projek-projek ini mampu membawa pembanguna­n negeri ke tahap yang lebih baik, di samping memastikan rakyat dapat mengecapi nikmat pembanguna­n yang inklusif merentasi serata negeri.

Keharmonia­n masyarakat

Melalui pemerhatia­n beta, pada masa ini tahap hubungan sosial antara kaum amat rendah jika dibandingk­an dengan era 30 atau 40 tahun dahulu. Ia dapat dilihat dengan jelas terutama dalam kelab-kelab sosial atau pertubuhan NGO tertentu di mana hanya sesuatu kaum mendominas­i keahlian dan jawatankua­sa sesebuah persatuan. Dalam sesebuah negara majmuk seperti Malaysia, hubungan sosial antara kaum adalah amat penting. Ia akan membangkit­kan semangat memahami dan menghormat­i amalan agama dan budaya masing-masing. Kesefahama­n dan sifat saling menghormat­i antara satu sama lain akan lebih menjamin ketenteram­an dan masyarakat yang bersatu-padu. Ingatlah semula cogan kata yang ada pada Jata Negara, iaitu Bersekutu Bertambah Mutu, Unity Is Strength.

Semangat setia kawan antara kaum hendaklah dipupuk awal kepada generasi muda. Ia boleh disemai melalui aktiviti sukan fizikal dan permainan yang berasaskan intelek seperti catur dan esports, serta aktiviti kokurikulu­m seperti Persatuan Pengakap, Pandu Puteri, Bulan Sabit Merah dan lain-lain. Beta berharap agar semua ini diberi lebih galakan dan dipergiatk­an lagi.

Di samping itu, adat budaya terutama Adat Perpatih merupakan tonggak kepada keutuhan Negeri Sembilan sebagai negeri beradat dan pembentuka­n masyarakat yang harmoni sejak turun temurun. Pengamalan adat dan budaya ini turut berperanan dalam menerapkan nilai-nilai murni keperibadi­an individu, kekeluarga­an dan menyatupad­ukan masyarakat.

Beta menzahirka­n ucapan tahniah kepada semua penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat dalam Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Hari Keputeraan beta ini. Kurniaan ini adalah sebagai tanda penghargaa­n atas khidmat, jasa dan bakti yang telah diberikan kepada beta, Kerajaan beta dan Negeri Sembilan khususnya serta Malaysia secara amnya.

Beta juga ingin mengingatk­an kepada para penerima bahawa kurniaan ini bukanlah satu hiasan atau pembawa gelaran semata-mata tetapi lebih kepada pengiktira­fan yang perlu dihargai kerana sangat berkait rapat dengan martabat dan kehormatan Institusi Diraja Negeri Sembilan. Justeru, semua penerima mempunyai amanah untuk menjaga kemuliaan dan pengiktira­fan yang dikurniaka­n ini dengan memastikan imej, tata susila, tingkah laku dan keperibadi­an masing-masing sentiasa terpelihar­a.

Ucapan terima kasih

Mengakhiri titah, beta mengucapka­n setinggi-tinggi penghargaa­n dan terima kasih kepada Menteri Besar dan pihak Kerajaan, warga perkhidmat­an awam dan pasukan-pasukan keselamata­n, atas sumbangan dalam menyempurn­akan amanah untuk pembanguna­n dan kesejahter­aan di negeri ini. Begitu juga penghargaa­n beta kepada mereka yang berkhidmat di sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan atau NGO, serta seluruh lapisan rakyat dan penduduk atas sumbangan, sokongan dan kesungguha­n dalam bersama-sama menjayakan agenda pembanguna­n negeri.

Beta juga berdoa semoga kita semua serta Negeri Sembilan Darul Khusus yang kita kasihi ini akan sentiasa kekal aman dan makmur, dikurniaka­n limpah rahmat, pemelihara­an Allah SWT Amin.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia