Berita Harian

Al-sultan Abdullah sentiasa berbuka bersama rakyat

-

kelaziman bagi Sultan Pahang, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-musta’in Billah melawat masjid setiap kali tiba Ramadan untuk berbuka puasa bersama rakyat.

Baginda turut menunaikan solat Maghrib, Isyak serta Tarawih bersama masyarakat setempat.

Malah, Al-sultan Abdullah yang sentiasa ditemani oleh Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h, turut berkenan menyampaik­an sumbangan kepada golongan memerlukan.

Menjadi kelaziman baginda bersama rakyat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negeri, Masjid Sultan Ahmad 1 di sini.

Bekas Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) FELDA Bukit Goh, Mat Zahari Deraman, berkata Al-sultan Abdullah mencemar duli melawat tanah rancangan berkenaan tiga kali sepanjang 13 tahun beliau memegang jawatan itu.

Imarahkan masjid

“Dalam majlis berbuka puasa bersama baginda di masjid di sini beberapa tahun lalu, Al-sultan Abdullah berpesan supaya aktif mengimarah­kan Masjid Sultan Ahmad Shah di FELDA ini.

“Baginda pesan supaya menjaga elok-elok masjid ini kerana ia adalah simbol syiar yang sangat penting dalam kehidupan umat Islam.

“Masjid adalah jantung hati dan nadi kehidupan umat Islam,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Penasihat Masjid Tengku Abdullah Al-haj, Kampung Chengal Lempong, Shikh Zahari Shikh Sulaiman berkata, penduduk kampung teruja apabila mengetahui Al-sultan Abdullah yang ketika itu Pemangku Raja Pahang mencemar duli untuk merasmikan masjid berkenaan, awal tahun lalu.

“Kami tidak tahu Tuanku ingin menamakan masjid berkenaan dengan nama baginda sendiri. Memang mencatat sejarah tersendiri apabila dinamakan Masjid Tengku Abdullah Al-haj yang diumumkan sendiri oleh baginda,” katanya.

Pengerusi Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Kampung Peramu di sini, Baharuddin Sulong, 61, berkata baginda sentiasa mendahuluk­an rakyat untuk makan dan mengambil makanan terlebih dulu.

“Ramadan lalu baginda datang berbuka puasa dan solat Tarawih di sini, baginda tanya khabar penduduk,” katanya.

 ??  ?? Gambar fail Al-sultan Abdullah bersama Tunku Azizah Aminah Maimunah pada majlis berbuka puasa bersama rakyat dan pengurniaa­n sumbangan kepada golongan yang memerlukan di Masjid Tengku Abdullah, Peramu, Kuantan tahun lalu.
Gambar fail Al-sultan Abdullah bersama Tunku Azizah Aminah Maimunah pada majlis berbuka puasa bersama rakyat dan pengurniaa­n sumbangan kepada golongan yang memerlukan di Masjid Tengku Abdullah, Peramu, Kuantan tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia