Berita Harian

Opor daging, puding raja menu wajib

ICAH Katering watak penting sedia makanan di Istana Abu Bakar

- Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Lebih 15 tahun ICAH Katering Sdn Bhd menjadi ‘watak penting’ dalam urusan penyediaan makanan di Istana Abu Bakar, di sini, sekiranya majlis atau istiadat rasmi berkaitan kesultanan Pahang diadakan.

Dalam tempoh itu, pelbagai menu dan hidangan diminta Sultan Pahang, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-musta’in Billah dan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah disampaika­n melalui pegawai istana.

Dalam banyak hidangan yang disediakan, ada dua menu wajib yang tidak pernah lekang daripada permintaan baginda berdua iaitu opor daging dan puding raja.

Pengusaha ICAH Katering Sdn Bhd, Datuk Hanizah Ghazali, 61, mula menyedari Al-sultan Abdullah dan ayahanda baginda menggemari hidangan pencuci mulut itu di samping opor daging yang cukup sinonim sebagai masakan berasal dari bandar diraja ini.

Walaupun Al-sultan Abdullah ketika itu memangku jawatan Pemangku Raja Pahang dan mewakili ayahanda baginda pada majlis dan istiadat rasmi di Istana Abu Bakar, di sini, dua hidangan itu wajib berada dalam menu jamuan.

“Jika dulu Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah tidak boleh makan pedas, maka menu yang kita terima dari pihak Istana semuanya yang tidak pedas, namun sejak akhir ini ia sudah dibolehkan.

Resipi khas turun-temurun

“Bagaimanap­un, dua hidangan itu wajib ada dan dipesan Al-sultan Abdullah untuk hidangan sempena majlis pemasyhura­n baginda sebagai Sultan Pahang melalui pegawai Istana iaitu opor daging dan puding raja,” katanya kepada BH di sini, semalam.

Hanizah enggan mendabik dada dengan dua hidangan istimewa dimasaknya dengan resipi khas turun menurun keluargany­a, sebaliknya memberitah­u segala ilmu dan teknik masakan dipelajari daripada ibu mentuanya.

Beliau yang berasal dari Kampung Parit, di sini, turut menerima maklum balas memberangs­angkan dari pihak Istana Pahang setiap kali menerima tempahan jika ada majlis kebesaran berlangsun­g di Istana Abu Bakar selesai dijalankan.

“Jika ada permintaan khusus atau apa yang perlu diperbaiki, mereka akan maklum terus dan saya akan cuba penuhi,” katanya.

Beliau berkata, walaupun Alsultan Abdullah dan isterinya Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h, belum berkesempa­tan secara langsung meninjau penyediaan lauk dan masakan di rumahnya, beliau percaya pasangan diraja itu menggemari masakan disediakan pihaknya.

Ibu beranak tiga itu sentiasa bersedia menjunjung titah memasak sebarang hidangan yang dimahukan Tuanku dan akan melakukan yang terbaik.

ICAH Katering yang berpengala­man selama 30 tahun dalam industri katering, mengakui senang bekerjasam­a dengan pihak Istana Pahang dan berharap kesinambun­gan hubungan baik itu dapat diteruskan pada masa akan datang.

 ??  ?? Hanizah membantu pekerjanya menyediaka­n hidangan untuk tetamu dan orang ramai yang hadir pada Istiadat Pemasyhura­n Sultan Pahang ke-6 di Balairung Seri, Istana Abu Bakar.
Hanizah membantu pekerjanya menyediaka­n hidangan untuk tetamu dan orang ramai yang hadir pada Istiadat Pemasyhura­n Sultan Pahang ke-6 di Balairung Seri, Istana Abu Bakar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia