Berita Harian

Hubungan baik dengan media manfaatkan rakyat

Keterbukaa­n Al-sultan Abdullah terima soalan wartawan patut dicontohi

- Oleh Amin Ridzuan Ishak

di media sosial bagi menjawab persoalan dikemukaka­n Al-sultan Abdullah itu.

Ia antara contoh bagaimana Al-sultan Abdullah sentiasa menggunaka­n pelbagai medium untuk mendapatka­n maklumat berkaitan masalah rakyat termasuk media yang sentiasa mendapat kerjasama baik daripada baginda.

Mudahkan tugas

Perwatakan Al-sultan Abdullah yang mesra membolehka­n media bertemu dengannya bagi bertanyaka­n pelbagai isu termasuk kontrovers­i, terutama ketika baginda menduduki kerusi menjadi tumpuan ramai seperti Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Keterbukaa­n baginda menerima soalan memudahkan tugas pengamal media dan paling penting pelbagai isu, termasuk membabitka­n masalah rakyat dapat diselesaik­an pihak berkuasa.

Boleh dikatakan kebanyakan program membabitka­n Al-sultan Abdullah adalah berkaitan masalah rakyat seperti bencana banjir, kebakaran atau tragedi.

Kerjasama baik ini sudah tentu mewujudkan situasi saling menguntung­kan dan Al-sultan Abdullah turut mengakui kepentinga­n media menyebarka­n maklumat penting dan tepat demi menjamin kestabilan serta keselamata­n negara.

“Sesuatu maklumat tidak benar boleh tersebar luas dengan pantas dan turut ditokok-tambah tanpa mengambil kira kesannya. Saya harap pengamal media berperanan untuk mendidik dan menyekat penyalahgu­naan media sosial demi memastikan negara kita kekal aman, makmur dan stabil,” titah baginda pada Malam Anugerah Media Pahang Drb-hicom 2018, Disember tahun lalu.

Sikap keterbukaa­n

Wartawan NSTP Pahang, Mohamad Azim Fitri Abd Aziz, 29, melihat keterbukaa­n baginda untuk menerima soalan daripada media sebagai perkara positif yang harus menjadi contoh kepada pihak lain.

Keterbukaa­n dan penerimaan baik media oleh Alsultan Abdullah mewarisi sikap Sultan Pahang kelima, Sultan Ahmad Shah yang juga sentiasa memberikan kerjasama kepada media.

Semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan sepanjang Al-sultan Abdullah berada di takhta demi kebaikan semua pihak, terutama rakyat yang sentiasa memerlukan pembelaan.

 ?? [FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG/BH] ?? Al-sultan Abdullah ketika menjawab soalan media pada majlis Konvokesye­n Ke-5, Universiti DRB Hicom, Pekan tahun lalu.
[FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG/BH] Al-sultan Abdullah ketika menjawab soalan media pada majlis Konvokesye­n Ke-5, Universiti DRB Hicom, Pekan tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia