Berita Harian

Kepemimpin­an sukan terserlah

Sumbangan besar Al-sultan Abdullah dalam bola sepak, hoki bantu tingkat kemajuan

- Oleh Zulfaizan Mansor dan Naqib Nor Said

dan antarabang­sa. Selain itu, Al-sultan Abdullah pernah juga memikul tugas selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dari 2014 hingga 2017 selepas dipilih pada kongres ke-50 badan induk itu.

Baginda mendapat 27 undi untuk mengatasi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mendapat 12 undi dalam persaingan dua penjuru.

Bawa beberapa kemajuan

Sepanjang menerajui FAM, baginda turut membawa beberapa kemajuan terhadap bola sepak negara. Antara pencapaian terbaik skuad negara adalah muncul naib juara Piala AFF pada 2014. Baginda juga pernah memikul tugas dalam beberapa kejohanan bola sepak termasuk sebagai Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur Kejohanan Remaja Dunia FIFA 1997 di Malaysia dan Ahli Jawatankua­sa Penganjur 2003 Piala Konfederas­i FIFA di Paris.

Di samping bola sepak, Al-sultan Abdullah juga cukup terserlah kewibawaan­ya ketika menjadi Presiden Persekutua­n Hoki Malaysia (PHM) yang ketika ini dikenali sebagai Konfederas­i Hoki Malaysia (KHM). Dibawah kepimpinan­nya selama lapan tahun bermula 2008, pelbagai pencapaian hebat dilakar skuad hoki negara, selain menjadi pencetus kewujudan Kejohanan Jemputan Bawah 21 tahun Piala Sultan Johor sejak 2011.

Baginda juga menjadi presiden pertama PHM yang memperkena­lkan skim insentif kemenangan dalam setiap kejohanan disertai negara. Memenangi pingat perak Sukan Asia 2010, layak secara merit ke Piala Dunia 2014 The Hague selepas 16 tahun menyepikan diri antara perjalanan hebat dicipta skuad senior lelaki negara sepanjang tempoh pimpinanny­a.

Malah, beberapa catatan sejarah baharu tercipta dibawahnya termasuk kejayaan skuad remaja Projek 2013 muncul juara Piala Remaja Asia 2012 sebelum meraih pada Kejohanan Hoki tempat keempat di Piala Dunia Remaja setahun kemudianny­a. Kejayaan demi kejayaan itu menyaksika­n Al-sultan Abdullah mendapat pengiktira­fan Persekutua­n Hoki Dunia (FIH) apabila dilantik sebagai ahli lembaga eksekutif badan induk itu pada 2012 selain dipilih sebagai Presiden Persekutua­n Hoki Asia (AHF) sejak 2015.

Minat mendalamny­a dalam sukan hoki dibuktikan lagi dengan penubuhan kelab Hoki Universiti Kuala Lumpur (unikl) pada 2009 hanya lima tahun selepas dilantik sebagai canselor universiti berkenaan hingga kini. Malah, legenda hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi menyifatka­n Al-sultan Abdullah sebagai ‘pejuang revolusi’ hoki tanah air.

"Walaupun kita tahu baginda meminati sukan bola sepak tetapi apabila menerima tanggungja­wab mengemudi PHM, baginda bukan saja komited tetapi banyak pembaharua­n dibawanya. Baginda juga begitu prihatin dan bersedia mendengar pandangan daripada bekas pemain dan pegawai yang bekerja dibawahnya. Walaupun tegas dalam membuat keputusan tetapi dalam masa yang sama baginda begitu diplomasi,” katanya.

Pengurus pasukan skuad remaja

Sebagai rekod, Mirnawan pernah berkhidmat selama beberapa tahun di bawah Al-sultan Abdullah sebagai pengurus pasukan skuad remaja Projek 2013 dan Projek 2016 negara.

Selain bola sepak dan hoki, Alsultan Abdullah turut terbabit secara aktif dalam sukan lain seperti polo, tenis, skuasy, dan golf. Ketika di England, baginda mengetuai pasukan Polo Diraja Pahang dalam perlawanan antarabang­sa di Windsor Polo Club, England.

Seterusnya, baginda mengambil bahagian dalam pertanding­an di Singapura, Filipina, Brunei, Argentina, Amerika Syarikat, Sepanyol dan Belgium. Pada peringkat negeri Pahang, baginda menubuhkan pasukan bola sepaknya sendiri yang dinamakan pasukan Sri Mahkota Alam di Pekan.

Malah, baginda juga turut menggalas jawatan sebagai Presiden Persatuan Polo Diraja Malaysia (RMPA) dan Presiden Kelab Polo Diraja Pahang (RPPC) serta Presiden Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) pada 2008 hingga 2015.

 ??  ??
 ??  ?? Al-sultan Abdullah ketika mengadakan mesyuarat dengan Presiden
FIFA, Joao Havelange di Doha, Qatar pada April 1995.
Al-sultan Abdullah ketika mengadakan mesyuarat dengan Presiden FIFA, Joao Havelange di Doha, Qatar pada April 1995.
 ??  ?? Al-sultan Abdullah bersama pemain negara Cabaran Juara-juara 2014.
Al-sultan Abdullah bersama pemain negara Cabaran Juara-juara 2014.
 ??  ?? Al-sultan Abdullah aktif bermain sukan polo.
Al-sultan Abdullah aktif bermain sukan polo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia